Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Saya pernah terdengar suatu ungkapan yang berbunyi
Dahulunya saya tidak faham ungkapan di atas. Pada saya, duit hanya perlu dicari sebanyak yang mungkin.
Setelah saya membaca beberapa buah buku kewangan barulah saya faham ungkapan di atas bahawa pentingnya menguruskan kewangan peribadi dan keluarga agar kita tidak pokai atau duit kita tidak hilang entah ke mana.
Mungkin juga kerana Allah SWT temukan saya kisah-kisah manusia yang berdepan dengan masalah kewangan peribadi dan keluarga yang membimbangkan membuatkan saya begitu semangat dan teruja untuk membaca buku-buku kewangan sejak akhir-akhir ini.
Saya bukanlah seorang pakar atau perancang kewangan tetapi saya rasa terpanggil untuk berkongsi buku-buku kewangan dengan anda semua agar kita sama-sama mempunyai kesedaran untuk mengurus dan merancang kewangan kita dengan baik.
Ya.
Dengan membaca beberapa buah buku belum tentu menjadikan kita seorang pakar kewangan.
Namun, saya rasa terpanggil untuk berkongsi dengan anda buku-buku kewangan dalam blog ini agar ia menjadi pencetus kepada diri saya sendiri dan anda untuk terus belajar dan membaca buku-buku kewangan yang lain.
Mudah-mudahan kita tidak pokai dan sentiasa beringat untuk menguruskan kewangan dari semasa ke semasa.
Baiklah, hari ini saya ingin membuat review sebuah buku yang berjudul Agar Aku Tidak Pokai Lagi.
Ia adalah sebuah buku bergenre kewangan yang diterbitkan oleh Jootawan Group Sdn. Bhd. pada tahun 2015. Pengarangnya bernama Mohd Shafiee Ali.
Seperti juga buku Rancang Wang dari Sekarang tulisan Pakdi yang saya review sebelum ini, buku ini pun saya pinjam daripada Perpustakaan Negeri Pulau Pinang yang terletak di Seberang Jaya Pulau Pinang.
Dalam buku ini tidak diceritakan biodata penulis namun, ada kisah silam tentang kewangan yang diselitkan oleh penulis secara ringkas.
Penulis sendiri menyatakan kekesalan tentang kisahnya yang lalu di mana kehidupannya sering pokai kerana kebodohannya dala menguruskan kewangan.
Dulunya, beliau hanya mengumpul hutang. Hutang kenderaan, hutang rumah, hutang peribadi, hutang perabot, hutang kad kredit dan bermacam-macam hutang lagi.
Sepuluh tahun bekerja tanpa apa-apa aset yang patut dibanggakan. Dari bulan ke bulan gaji sentiasa rasa pokai. Tidak pernah rasa cukup.
Kehidupan yang dilalui oleh penulis menjadikan dirinya cukup bosan dengan hidupnya sendiri yang sering pokai. Setiap kali sebelum akhir bulan gaji yang akan datang wang sudah habis tidak tahu ke mana.
Sehinggalah pada suatu hari, tiba-tiba dia seakan tersedar dari lamunan. Seolah-olah mendapat hidayah daripada Allah SWT.
Dia sedar bahawa sudah terlalu lama tidur lena, lalai, membazir umur, waktu dan masa dengan sikap boros. Hidupnya terikat seperti hamba wang.
Alhamdulillah, dari situ beliau mula mengorak langkah untuk mengubah hidupnya sendiri.
Dengan keazaman yang kuat serta perubahan yang berjaya beliau lalui akhirnya beliau berjaya menghasilkan buku yang saya sedang review sekarang.
Sungguh! Allah SWT sangat mengasihi hambaNya. Dia tidak akan biarkan hambaNya menangis.
Secara umum, buku ini dibahagikan kepada lima bahagian iaitu:
1. Fasa kenal pasti
2. Fasa pemulihan
3. Fasa Perencanaan
4. Fasa Pelaksanaan
5. Fasa Kekayaan
#1. Pertama sekali, kita perlu sedar dan kenal pasti kelemahan diri. Contohnya, jika kita suka membazir waktu, buang duit dengan perkara yang bukan keperluan, berbelanja dengan gaya hidup mewah dan sebagai. Semua perkara-perkara negative berkaitan kewangan perlu kita senaraikan untuk menilai diri kita yang sebenar.
#2. Setelah itu, kita baca bahan-bahan seperti artikel dan buku kewangan atau hadiri seminar kewangan untuk menambah ilmu. Ilmu kewangan memang tidak diajar di sekolah, jadi kita perlu cari bersungguh dengan pelbagai cara.
#3. Kemudian, kita mula merancang kewangan kita dengan baik. Seperti mana Allah SWT merakamkan kisah Nabi Yusuf A.S. yang mentadbir urus negara Mesir suatu ketika dahulu sehingga rakyatnya hidup dengan tenang walaupun dilanda musim kemarau.
#4. Fasa yang selanjutnya adalah menjalankan rancangan kewangan yang telah dirancang dengan baik. Pastikan matlamat kewangan jelas dan boleh dicapai.
Setelah anda berjaya melaksanakan ke empat-empat fasa tersebut kini tiba masanya untuk mengutip hasil. Tetapi bagaimana cara untuk meraikan kejayaan tersebut? Adakah dengan berfoya-foya atau bermewah-mewah?
Jawapannya tentu bukan. Jangan ulangi kisah yang lalu. Anda pasti akan terjebak dalam dunia pokai kembali. Jadilah hamba Allah SWT yang bersyukur, hidup sederhana, banyak memberi dan qanaah.
Anda boleh rujuk isi kandungan terperinci di bawah ini
Penulis berusaha menceritakan dan berkongsi pengalaman dalam buku Agar Aku Tidak Pokai Lagi agar menjadi teladan dan motivasi buat pembaca semua.
Secara lumrah, semua orang tidak mahu hidup pokai dan inginkan kekayaan baik anak kecil sehinggakan orang tua kerana kita semua tahu kuasa wang.
Namun begitu, tidak ada jalan mudah untuk hidup kaya. Perlu usaha keras dan pengorbanan yang tinggi. Bukan mudah juga untuk mendidik jiwa agar hidup qanaah dan rasa bersyukur jika minda masih dibelengu dengan nafsu untuk melakukan maksiat.
Alhamdulillah, Rezeki saya dapat baca buku ini dengan tidak terlalu lama. Pada pandangan saya buku ini sangat bagus dibaca oleh semula lapisan masyarakat tidak kira tua, muda, miskin atau kaya.
Isinya lebih kepada mengajak kita semua mengubah cara hidup kita yang tidak merancang kewangan kepada merancang kewangan dengan lebih baik.
Penulis juga menganjurkan kita agar menuntut ilmu kewangan, mengamalkan ilmu kewangan dan menjadi manusia yang bersyukur dengan nikmat kekayaan yang dikecapi.
Semoga kita bertemu lagi. Belajarlah merancang kewangan agar hidup kita aman.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Saya pernah terdengar suatu ungkapan yang berbunyi
"It is now about how many you get the money, but it is about how you manage the money."
Dahulunya saya tidak faham ungkapan di atas. Pada saya, duit hanya perlu dicari sebanyak yang mungkin.
Setelah saya membaca beberapa buah buku kewangan barulah saya faham ungkapan di atas bahawa pentingnya menguruskan kewangan peribadi dan keluarga agar kita tidak pokai atau duit kita tidak hilang entah ke mana.
Mungkin juga kerana Allah SWT temukan saya kisah-kisah manusia yang berdepan dengan masalah kewangan peribadi dan keluarga yang membimbangkan membuatkan saya begitu semangat dan teruja untuk membaca buku-buku kewangan sejak akhir-akhir ini.
Saya bukanlah seorang pakar atau perancang kewangan tetapi saya rasa terpanggil untuk berkongsi buku-buku kewangan dengan anda semua agar kita sama-sama mempunyai kesedaran untuk mengurus dan merancang kewangan kita dengan baik.
Ya.
Dengan membaca beberapa buah buku belum tentu menjadikan kita seorang pakar kewangan.
Namun, saya rasa terpanggil untuk berkongsi dengan anda buku-buku kewangan dalam blog ini agar ia menjadi pencetus kepada diri saya sendiri dan anda untuk terus belajar dan membaca buku-buku kewangan yang lain.
Mudah-mudahan kita tidak pokai dan sentiasa beringat untuk menguruskan kewangan dari semasa ke semasa.
Baiklah, hari ini saya ingin membuat review sebuah buku yang berjudul Agar Aku Tidak Pokai Lagi.
Review Buku: Agar Aku Tidak Pokai lagi oleh nota mengajar belajar |
Seperti juga buku Rancang Wang dari Sekarang tulisan Pakdi yang saya review sebelum ini, buku ini pun saya pinjam daripada Perpustakaan Negeri Pulau Pinang yang terletak di Seberang Jaya Pulau Pinang.
Review Buku: Agar Aku Tidak Pokai lagi
Dalam buku ini tidak diceritakan biodata penulis namun, ada kisah silam tentang kewangan yang diselitkan oleh penulis secara ringkas.
Penulis sendiri menyatakan kekesalan tentang kisahnya yang lalu di mana kehidupannya sering pokai kerana kebodohannya dala menguruskan kewangan.
Dulunya, beliau hanya mengumpul hutang. Hutang kenderaan, hutang rumah, hutang peribadi, hutang perabot, hutang kad kredit dan bermacam-macam hutang lagi.
Sepuluh tahun bekerja tanpa apa-apa aset yang patut dibanggakan. Dari bulan ke bulan gaji sentiasa rasa pokai. Tidak pernah rasa cukup.
Kehidupan yang dilalui oleh penulis menjadikan dirinya cukup bosan dengan hidupnya sendiri yang sering pokai. Setiap kali sebelum akhir bulan gaji yang akan datang wang sudah habis tidak tahu ke mana.
Sehinggalah pada suatu hari, tiba-tiba dia seakan tersedar dari lamunan. Seolah-olah mendapat hidayah daripada Allah SWT.
Dia sedar bahawa sudah terlalu lama tidur lena, lalai, membazir umur, waktu dan masa dengan sikap boros. Hidupnya terikat seperti hamba wang.
Alhamdulillah, dari situ beliau mula mengorak langkah untuk mengubah hidupnya sendiri.
Dengan keazaman yang kuat serta perubahan yang berjaya beliau lalui akhirnya beliau berjaya menghasilkan buku yang saya sedang review sekarang.
Sungguh! Allah SWT sangat mengasihi hambaNya. Dia tidak akan biarkan hambaNya menangis.
Muka surat belakang Review Buku: Agar Aku Tidak Pokai lagi |
Kandungan Buku
Secara umum, buku ini dibahagikan kepada lima bahagian iaitu:
1. Fasa kenal pasti
2. Fasa pemulihan
3. Fasa Perencanaan
4. Fasa Pelaksanaan
5. Fasa Kekayaan
#1. Pertama sekali, kita perlu sedar dan kenal pasti kelemahan diri. Contohnya, jika kita suka membazir waktu, buang duit dengan perkara yang bukan keperluan, berbelanja dengan gaya hidup mewah dan sebagai. Semua perkara-perkara negative berkaitan kewangan perlu kita senaraikan untuk menilai diri kita yang sebenar.
#2. Setelah itu, kita baca bahan-bahan seperti artikel dan buku kewangan atau hadiri seminar kewangan untuk menambah ilmu. Ilmu kewangan memang tidak diajar di sekolah, jadi kita perlu cari bersungguh dengan pelbagai cara.
#3. Kemudian, kita mula merancang kewangan kita dengan baik. Seperti mana Allah SWT merakamkan kisah Nabi Yusuf A.S. yang mentadbir urus negara Mesir suatu ketika dahulu sehingga rakyatnya hidup dengan tenang walaupun dilanda musim kemarau.
#4. Fasa yang selanjutnya adalah menjalankan rancangan kewangan yang telah dirancang dengan baik. Pastikan matlamat kewangan jelas dan boleh dicapai.
Setelah anda berjaya melaksanakan ke empat-empat fasa tersebut kini tiba masanya untuk mengutip hasil. Tetapi bagaimana cara untuk meraikan kejayaan tersebut? Adakah dengan berfoya-foya atau bermewah-mewah?
Jawapannya tentu bukan. Jangan ulangi kisah yang lalu. Anda pasti akan terjebak dalam dunia pokai kembali. Jadilah hamba Allah SWT yang bersyukur, hidup sederhana, banyak memberi dan qanaah.
Anda boleh rujuk isi kandungan terperinci di bawah ini
Isi kandungan buku 1 |
Isi kandungan buku 2 |
Penutup
Penulis berusaha menceritakan dan berkongsi pengalaman dalam buku Agar Aku Tidak Pokai Lagi agar menjadi teladan dan motivasi buat pembaca semua.
Secara lumrah, semua orang tidak mahu hidup pokai dan inginkan kekayaan baik anak kecil sehinggakan orang tua kerana kita semua tahu kuasa wang.
Namun begitu, tidak ada jalan mudah untuk hidup kaya. Perlu usaha keras dan pengorbanan yang tinggi. Bukan mudah juga untuk mendidik jiwa agar hidup qanaah dan rasa bersyukur jika minda masih dibelengu dengan nafsu untuk melakukan maksiat.
Alhamdulillah, Rezeki saya dapat baca buku ini dengan tidak terlalu lama. Pada pandangan saya buku ini sangat bagus dibaca oleh semula lapisan masyarakat tidak kira tua, muda, miskin atau kaya.
Isinya lebih kepada mengajak kita semua mengubah cara hidup kita yang tidak merancang kewangan kepada merancang kewangan dengan lebih baik.
Penulis juga menganjurkan kita agar menuntut ilmu kewangan, mengamalkan ilmu kewangan dan menjadi manusia yang bersyukur dengan nikmat kekayaan yang dikecapi.
Semoga kita bertemu lagi. Belajarlah merancang kewangan agar hidup kita aman.
7 Komentar untuk " Review Buku: Agar Aku Tidak Pokai lagi"
REVIEW BUKU MANTAP..MMG PATUT PEROLEH ILMU MNGURUS KEWANGN DGN BIJAK
terima kasih..semoga ia bermanfaat untuk kita semua
saya cukup teliti membelanja wang iaitu berbelanja kepada barang yamg perlu sahaja dan bukan kehendak..
namun kepokaian tetap juga dikalungkan ke leher saya nie..
hahahaha
kalau belanja teliti pasti tak rugi.
kalau membeli pandai tentu tak pokai.
hehehe.
kena beli buku ni sbb sy tak berapa bijak uruskan wang. btw, abam kie folloes u. no 198. tq.
Saya tidak pasti buku masih ada dijual atau tidak. saya pun pinjam daripada library.Terima kasih
Buku ni bagus ya,,