Hari Ini Sudah Berselawat

Belajar Dari Pengalaman Temuduga Kerajaan dan Swasta

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera


 Allahumma Solli'ala Muhammad


Jangan bimbang rezeki Allah SWT tidak pernah salah alamat.


Satu cara terbaik dalam membuat persediaan temuduga adalah dengan belajar melalui pengalaman orang lain.


Mereka yang telah hadir ke temuduga. 
Mereka yang dah lakukan persediaan sebelum temuduga.
Mereka yang sudah lalui hari dan detik-detik mencemaskan semasa temuduga.


Ini peluang anda belajar melalui pengalaman mereka.

Belajar Dari Pengalaman Temuduga Kerajaan dan Swasta
Belajar Dari Pengalaman Temuduga Kerajaan dan Swasta


Ya...Ia memang benar-benar membantu persediaan minda anda. Melalui perkongsian calon yang telah hadir ke temuduga, anda bakal dapat gambaran bagaimana keadaan temuduga yang sebenar.

Ya...Ini akan menolong anda, walau ia adalah pengalaman orang lain tetapi anda seolah-olah sedang berada dalam situasi mereka hadir ke dalam bilik temuduga.

Belajar Dari Pengalaman Temuduga Kerajaan dan Swasta


Saya percaya ada suara yang terlalu "Over" confident berkata

Alah...saya dah baca banyak perkongsian  temuduga di blog-blog, siap boleh komen-komen lagi. 

Ya...Itu tidak menjadi masalah jika anda seorang yang 'sangat' yakin. Tetapi, ini nasihat Team InfoKerjaya... keyakinan yang terlalu tinggi boleh memusnahkan impian anda.

Oleh  itu, cuba lihat komponen ini dalam panduan Rahsia Bijak Temuduga.

Komponen 4 : Pengalaman Temuduga Sektor Swasta


Komponen ini adalah perkongsian calon yang telah hadir ke temuduga di sektor swasta pelbagai jawatan. Antaranya adalah bagi jawatan :
Pegawai Khidmat Pelanggan
Pembantu Pentadbiran
Pelatih Pengurusan
Pembantu Peribadi
Jika anda bakal hadir temuduga sektor swasta, komponen ini sangat membantu anda. Ia adalah perkongsian pengalaman sebenar.

Anda dapat lihat, bagaimana tekanan diberikan melalui soalan-soalan yang panel temuduga ajukan kepada calon.

Lihat juga, terdapat soalan yang sama walaupun jawatan berlainan. Di sini anda dapat lihat bagaimana  pemikiran panel temuduga di sektor swasta melalui soalan mereka.

Jika anda peminat TEGAR jawatan kerajaan, tinggalkan komponen ini. Jika anda sukakan soalan ber'Tekanan'...komponen ini sangat sesuai walaupun anda peminat tegar jawatan kerajaan.

 Komponen 5 : Pengalaman Temuduga Sektor Awam



Komponen ini adalah perkongsian calon yang telah hadir ke temuduga di sektor kerajaan pelbagai jawatan. Antaranya :
Pegawai Hidupan Liar
Penolong Akauntan
Pen. Siasatan Jabatan SPRM
Pegawai Tadbir Diplomatik
Sangat penting sebagai rujukan bagi anda yang bakal hadiri temuduga sektor kerajaan.

Dalam perkongsian ini, anda dapat lihat pola soalan yang sering ditanya oleh panel temuduga kerajaan yang kebiasaannya adalah mereka yang berkhidmat di sektor kerajaan juga dan berjawatan tinggi.

Lihat ulasan dan nasihat oleh Tim Infokerjaya dalam setiap perkongsian ini.


Kesemua komponen ini adalah pakej lengkap kepada Rahsia Bijak Temuduga. Jadi, usah lengahkan masa anda untuk mula lakukan persiapan temuduga anda sekarang.

Kami tegaskan disini, ebook ini bukan untuk semua calon temuduga tetapi ia untuk anda.

Artikel ini adalah perkongsian daripada Team Infokerjaya yang berpengalaman luas dalam membantu mereka yang akan menghadapi temuduga.

Saya kongsikan kepada anda yang memerlukan. Semoga anda berjaya dalam temuduga akan datang.
0 Komentar untuk "Belajar Dari Pengalaman Temuduga Kerajaan dan Swasta"

Back To Top