Hari Ini Sudah Berselawat

Majlis Tahlil Ringkas Buat Almarhum Suami Pn Norlizah

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera


 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Hari ini, saya rehat sebentar berkongsi dengan anda tentang panduan Rahsia Lulus MUET.


Tetapi saya ingin mengingatkan kepada calon-calon peperiksaan MUET Sesi 3 2018 agar membuat persediaan rapi kerana semasa artikel ini dibuat, anda mempunyai masa kurang lebih 17 hari sahaja lagi untuk anda berdepan dengan peperiksaan speaking.

Sesi tahlil sedang dijalankan, nota mengajar belajar
Sesi tahlil sedang dijalankan


Baiklah, artikel hari ini berkenaan dengan Majlis Tahlil Ringkas Buat Almarhum Suami Pn Norlizah.


Siapa Pn Norlizah?


Beliau adalah kawan kami di Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Seberang Perai yang baru sahaja kehilangan suami tersayang pada 15 Ogos 2018 yang lalu.



Ya. Hakikat kematian sudah ditentukan ajal setiap insan oleh Allah SWT. Kalau dalam surat kematian, punca kematian tertulis "Sepsis with multiorgan failure secondary to wet gangrene over right foot".


Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya dan seluruh muslimin muslimat yang telah pergi meninggalkan kita.


Pn Norlizah dengan kami umpama keluarga di bilik pensyarah BKE06, Politeknik Seberang Perai.


Majlis Tahlil Ringkas Buat Almarhum Suami Pn Norlizah



Atas dasar ingatan, En Amir, Kak Wati dan rakan-rakan sekerja yang lain mengadakan Majlis Tahlil Ringkas Buat Almarhum khusus buat suami Pn Norlizah dan seluruh almarhum serta almarhumah yang telah pergi meninggalkan kita semua.


Saya boldkan perkataan ingatan untuk berpesan kepada diri dan anda yang baca artikel ini bahawa bila kita teringat kepada apa sahaja di atas dunia ini, itu tanda kasih sayang Allah SWT.


Contohnya, pada saat kita teringat ibu bapa kita di kampung. Itu tandanya Allah SWT sayang dekat dan ibu bapa kita. Mana mungkin kita boleh ingat, kalau tidak ada yang mengingatkan selain Allah SWT.


Begitu juga, ingatan kita kepada orang yang telah meninggalkan kita di dunia ini. Allah SWT sayangkan mereka di alam arwah, jadi Allah SWT ingatkan kita kepada mereka.


Sebab itu, kita diajarkan agar membaca Al-Fatihah, baca Yaasin atau tahlil dan mohon Allah SWT hadiahkan kepada mereka. Mudah-mudahan mereka diampunkan dosa dan dijauhi daripada azab kubur.


Hebatkan kasih sayang Allah SWT.


Maaf, terlari tajuk pula. Kita kembali kepada tajuk asal.


Majlis tahlil ini diadakan secara ringkas dan tertutup sahaja. Ini kerana, kalau mahu buat majlis yang besar perlukan perancangan yang besar, perlu lantik jawatankuasa pelaksana, perlu mohon kebenaran pengurusan dan sebagai. Ia merumitkan.


Meskipun ia suatu majlis yang kecil, tetapi pada saya ia sangat signifikan untuk kami sama-sama merapatkan ukhwah.


Untuk makluman anda, bukan senang untuk mengadakan majlis sebegini kerana jadual bertugas kami tidak sama.


Tetapi Alhamdulillah, rezeki Allah tidak pernah salah masa dan alamat. Allah SWT mudahkan urusan kami.


Dapat juga kami menjalankan masjlis tahlil ini dan kemudian menikmati hidangan kampung masakan geng pecah periuk yang diketuai oleh Kak Wati.


 Gambar sekitar majlis tahlil ringkas.


Selepas tahlil kita makan dulu
Selepas tahlil kita makan dulu

En Amir baru pilih ulam
En Amir baru pilih ulam

Semuanya tengah makan dalam bilik stor

Jangan terkejut tengok kotak yang banyak, memang bilik stor

En Noazri sedang menikmati hidangan dan En Anas
En Abu makan sampai licin

Masak lemak ikan kayu

Ulam timun yang cukup rapuh

Nasi pilihan En Huzaimi

Alhamdulillah, majlis yang ringkas ini cukup meriah walaupun tidak ramai yang hadir.


Masakan kampung yang menyelerakan membuatkan tidak cukup puas kalau tidak menambah. Hampir semua yang makan akan menambah termasuk saya. He..he..he..


Betullah kata orang tua-tua makan nasi kenduri rasa sedap bukan sebab jenis makanan yang disajikan tetapi keberkatan yang Allah SWT bagi.


Saya sempat tanya Kak Wati, berapa kali masak nasi ? Dia jawab tiga kali.

Lauk waktu petang


Nampak ringkas tetapi tiga kali masak nasi. Lauk tetap cukup dan kami boleh ulang makan pula selepas solat Jumaat.


Tetamu kami yang akhir sekali ialah En Iman. Dia makan siap tolong kemas bilik lagi. Kak Wati meluahkan rasa puas hati sebab makanan hampir habis, tidak ada yang membazir.


Moga-moga Allah SWT mengampunkan dosa kami dan semua mereka yang telah kembali ke rahmatullah serta memberkati majlis kami.


Kalau ada rezeki kami buat lagi.


Terima kasih kepada semua yang manjayakan majlis tahlil ringkas ini.
0 Komentar untuk "Majlis Tahlil Ringkas Buat Almarhum Suami Pn Norlizah"

Back To Top