Jom Kita Berselawat

Penilaian Pendidikan

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Dalam pengajaran dan pembelajaran, kita tidak boleh lari daripada penilaian Pendidikan.


Saya yakin bahawa ramai pelajar dan pengajar yang mencari maklumat ini untuk kegunaan masing-masing, jadi saya kongsikan dengan anda supaya bermanfaat.


Penilaian Pendidikan
Penilain OMR



Segala yang saya masukkan dalam entry kali ini adalah ambilan daripada tugasan saya semasa semester satu dalam matapelajaran pedagogi. 

Mungkin apa yang tulisan ini relavan dengan matapelajaran pengukuran dan penilaian semester ini.


Penilaian Pendidikan


Penilaian ialah proses sistematik bagi menentukan sejauh mana tujuan pengajaran dapat dicapai oleh seseorang murid. 

Penilaian dijalankan berterusan atau pada bila-bila masa sahaja. Bagi menentukan perubahan, penilaian dijalankan sekurang-kurangnya dua kali, iaitu sebelum dan selepas penyampaian murid. 

Perbandingan kedua-dua keputusan menonjolkan sejauh mana perubahan taraf pencapaian atau tingkah laku berlaku, atau pencapaian objektif murid tersebut oleh murid (Esah Sulaiman,2004).


Aktiviti penilaian memberi maklumat berguna bagi menyukat pencapaian murid dalam mencapai objektif pembelajaran. Maklumat tersebut dianalisis bagi menentukan pencapaian objektif atau perubahan tingkah.


Dari sini tindakan dapat dibuat bagi menghasilkan perubahan yang dikehendaki itu. Jika objektif pengajaran terlalu tinggi dan umum, maka guru perlu menyemak dan menetapkan semula objektifnya supaya sesuai dengan taraf perkembangan murid. 


Sekiranya kaedah pengujian tidak sesuai, guru hendaklah memilih teknik dan kaedah pengujian yang lebih berkesan. 


Di samping itu maklumat daripada penilaian membolehkan guru merancang aktiviti pengayaan, pemulihan dan sokongan, serta memilih kaedah dalam proses pengajarannya dan pembelajaran yang sesuai untuk murid (Sulaiman Ngah Razali,1997).

Penilaian dalam pendidikan juga dikatakan sebagai proses menentukan perubahan tingkah laku seorang murid. Aktiviti penilaian ditumpukan kepada ciri-ciri manusia yang boleh berubah. 


Pertimbangan nilai bagi seorang diperolehi berdasarkan kepada interpretasi hasil pengukuran kuantitatif dan penghuraian kualitatif, atau kombinasi kedua-dua pengukuran tersebut. 


Maklumat kuantitatif yang dinyatakan dalam bentuk angka dan data dapat disusun untuk memberi gambaran yang menyeluruh. Huraian kualitatif pula menerangkan perubahan yang ketara dan tidak ketara pada seseorang. 


Oleh itu, penilaian bukan hanya meliputi pencapaian dan kemajuan dalam muridan tetapi termasuklah pentaksiran semua aspek perkembangan mental dan fizikal, minat, sikap, bakat, emosi dan kejayaan dalam masyarakat.


Rujukan:

Sulaiman Ngah Razali, (1997). Pedagogi- Teori dan Praktik.Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Esah Sulaiaman, (2004). Pengenalan Pedagogi.UTM, Johor.



Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

0 Komentar untuk "Penilaian Pendidikan"

Back To Top