Hari Ini Sudah Berselawat

Dasar Pendidikan Kebangsaan

Assalamualaikum 

Sudahkah anda membaca Dasar Pendidikan Kebangsaan. Jika belum mari baca di sini. Ia memang penting untuk diketahui oleh pengajar dan pelajar.

Dengan memahami Dasar Pendidikan Kebangsaan ini baru lah kita akan faham ke mana hala tuju dan tujuan mengapa kita belajar mengikut acuan yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia.

Dasar Pendidikan Kebangsaan


Dasar Pendidikan Kebangsaan

Latar belakang

    
Dalam tahun-tahun menuju kemerdekaan, telah timbul kesedaran di  kalangan  pemimpin  dan  rakyat Malaysia tentang betapa mustahaknya diadakan satu sistem pendidikan kebangsaan untuk mengganti sistem pendidikan penjajah bagi memenuhi  kehendak negara.

Atas  kesedaran  inilah lahir satu Dasar Pendidikan (Pelajaran)  Kebangsaan  melalui  Penyata  Razak  1956 dan dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran, 1957.  

Dasar pendidikan ini  telah disemak semula dalam tahun 1960 yang menghasilkan  Laporan Rahman Talib. Laporan  Rahman  Talib  ini  kemudian dimaktubkan dalam Akta Pelajaran, 1961.    

Kemudian, sebuah Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan dalam    tahun  1974  untuk  mengkaji semula Dasar Pendidikan dengan tujuan  untuk  memperbaiki  pelaksanaannya  supaya  matlamat untuk melahirkan satu  masyarakat  yang  bersatupadu  dan berdisiplin serta  memenuhi  keperluan  tenaga rakyat  yang terlatih bagi  pembangunan  negara  dapat  dicapai. 

Laporan  Jawatankuasa  ini  telah  diterbitkan  dalam   tahun   1979.

Rasional

    
Sistem pendidikan di zaman penjajahan telah berkembang tanpa mengambilkira   kepada  keperluan pembangunan,  pembentukan identiti kebangsaan dan perpaduan negara. 

Sistem  Pendidikan berkenaan mengekalkan  tumpuan  taat setia rakyat pendatang  dan keturunan mereka kepada negara asal mereka dan menekan    suppress  semangat  pembangunan  rakyat tempatan. 

Sistem ini  mungkin secocok dengan Tanah  Melayu  yang  terjajah  tetapi    apabila  Tanah  Melayu sudah merdeka, ia didapati tidak lagi   sesuai. 

Kerja kerajaan

Oleh itu,  langkah-langkah  diambil  bagi  menggubal satu  sistem pendidikan kebangsaan yang sesuai untuk negara yang merdeka dan mempunyai matlamat-matlamat sendiri.

Objektif


Objektif dasar ini dinyatakan dalam Pendahuluan kepada  Akta     Pelajaran, 1961, iaitu:

     "BAHAWASANYA  dasar  pelajaran  seperti  yang  diisytiharkan
    dalam Ordinan Pelajaran, 1957 ialah  untuk  menubuhkan  satu
    sistem  pendidikan yang akan dapat memenuhi keperluan negara
    dan menggalakkan perkembangan kebudayaan,  sosial,  ekonomi,
    dan politiknya..."  Objektif ini dinyatakan secara am tetapi
    dalam   melaksanakannya,   Kementerian   Pendidikan   dengan
    berpandukan kepada Penyata Razak  1956  dan  Laporan  Rahman
    Talib  1960,  telah  mentafsirkannya  sebagai menyatupadukan
    kanak-kanak sekolah berbilang kaum  dan  menyediakan  tenaga
    kerja  ("tenaga rakyat," istilah yang digunakan oleh Laporan
    Jawatankuasa Kabinet) bagi keperluan ekonomi.
    Seterusnya,  objektif-objektif   ini   diperkhususkan   lagi
    apabila  Jawatankuasa Kabinet ditubuhkan dan bidang tugasnya
    ditetapkan. Ini mencerminkan hasrat bahawa Dasar  Pendidikan
    diharapkan dapat memenuhi keperluan tenaga rakyat negara ini
    dalam  jangka  panjang  dan pendek dan melahirkan masyarakat
     yang bersatupadu, berdisplin dan terlatih.
    Falsafah Pendidikan  Negara  yang  diasaskan  kepada  hasrat
    serta  aspirasi  negara dan dinyatakan secara bertulis baru-
    baru ini memberi penekanan  kepada  usaha  melahirkan  insan
    yang  berilmu  dan  berakhlak,  seimbang  dan harmonis, yang
    boleh mencapai  kesejahteraan  diri  dan  memberi  sumbangan
    kepada keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Ini
    menjadi  satu matlamat penting sistem pendidikan kebangsaan.

Strategi Pelaksanaan


Beberapa strategi  telah  digubal  untuk  mencapai  matlamat Dasar Pendidikan yang telah ditetapkan seperti berikut:     

(a) Menjadikan  Bahasa  Kebangsaan  sebagai bahasa pengantar yang utama;    
(b) Mengadakan  kurikulum  yang  sama  dan   berorientasikan  Malaysia bagi semua jenis sekolah;    
(c) Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua;   
(d) Melicinkan tatacara pengurusan pendidikan;    
(e) Meningkatkan  mutu   pendidikan   keseluruhannya  dengan menyediakan  pendidikan  yang  menyeluruh, seimbang  dan bersepadu;    
(f) Mengadakan  peluang  pendidikan  asas  selama  sembilan tahun;    
(g) Mendemokrasikan pendidikan dari segi  peluang  dan  mutu  dengan  mengagihkan  peruntukan  secara adil dan memberi  perhatian khas kepada kumpulan yang kurang bernasib baik dan kawasan luar bandar atau pendalaman;    
(h) Menyediakan pendidikan rendah  mengikut  Kurikulum  Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang berasaskan 3M iaitu  membaca,   menulis dan mengira pada tahun 1983 yang menjurus kepada  kurikulum bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)  pada  tahun 1989. Matlamat  utama  kurikulum  baru ini adalah untuk melahirkan  individu yang seimbang  dari  segi ilmu pengetahuan dan  kemahiran  yang  sesuai  dan mempunyai   moral serta nilai etika yang kukuh;    
(i) Memperluaskan pendidikan Vokasional dan  Teknik  melalui penyusunan  semula  kurikulum  Sekolah Vokasional  pada tahun 1978;    
(j) Mempelbagai dan memperbanyakkan kemudahan pendidikan di peringkat  universiti   terutama  dalam bidang  sastera gunaan dan sains gunaan;    
(k) Mempertingkatkan pendidikan  kerohanian,   moral   dan disiplin;   
(l) Menjadikan Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris sebagai  mata pelajaran yang wajib diajar  di sekolah-sekolah dan memberi  peluang  yang sempuma bagi pembelajaran bahasa- bahasa lain seperti Bahasa Cina dan Bahasa Tamil; dan    
(m) Menggalakkan aktiviti ko-kurikulum yang memupuk disiplin, seperti  pasukan-pasukan kadet  tentera,   kadet   polis,  pengakap, puteri Islam dan lain-lain.

Di  samping  strategi  ini, Dasar Pendidikan Kebangsaan juga    dilaksanakan  dengan  mengada  dan memperkembangkan  tenaga    pengajar  yang  terlatih dan juga mendirikan sekolah-sekolah    selaras dengan  pertambahan  kanak-kanak.  

Di  Kementeriann /  Jabatan  Pendidikan pula, beberapa Bahagian dan Jawatankuasa    yang meliputi perkara-perkara yang dibangkitkan  oleh  Dasar Pendidikan  Kebangsaan telah  ditubuhkan  atau diperkuatkan    bagi memastikan tercapainya  hasrat  Dasar  Pendidikan  ini.   

Diantaranya  termasuklah penubuhan Bahagian Perancangan dan    Penyelidikan  Pendidikan,  Bahagian Pelajaran  Teknik   dan   Vokasional,  Jawatankuasa  Pusat  Kurikulum, Biro Buku Teks,    Majlis   Sukan Sekolah-sekolah   Malaysia, Jawatankuasa  Perancangan Pendidikan,   Bahagian  Perkhidmatan, Sebaran   Pendidikan dan Pusat Perkembangan Kurikulum.Penutup

Dasar  Pendidikan  Kebangsaan  sememangnya  dapat  menampung    keperluan-keperluan negara buat masa  ini  dan  masa  depan.   

Selaras dengan  hasrat  negara  untuk  mencapai tahap negara perindustrian adalah penting rakyatnya diberikan  pendidikan    secucuk dengan keperluan-keperluan swasta bagi bidang-bidang tertentu seperti pengeluaran, pelancongan, perkhidmatan, dan    sebagainya.  

Oleh  itu dasar ini bukan sahaja dapat memenuhi keperluan tenaga manusia dari segi jumlah tetapi  juga dari segi  kualiti. 

Dasar ini seharusnya dapat menggalakkan lebih    ramai  rakyat  yang  terlibat  secara  aktif  dalam   bidang   keusahawanan   dan   tidak   bergantung  semata-mata  kepada    kerajaan untuk mencari  kerja.  Ini  adalah selaras  dengan    dasar  kerajaan  semasa  yang  menekankan  penyertaan swasta    secara aktif.

Sumber : Kementerian Pendidikan

0 Komentar untuk "Dasar Pendidikan Kebangsaan"

Back To Top