Hari Ini Sudah Berselawat

Kerana Kasut Yang Hilang

Assalamualaikum WBT

Saya rasa terkesan dengan sebuah kisah anak kecil yang hidup dalam kesusahan kerana kemiskinan keluarganya.Dia tidak pernah menyesali dengan qadak dan qadar yang telah ditetapkan oleh yang Maha Kuasa.

This image was selected as a picture of the we...
This image was selected as a picture of the week on the Czech Wikipedia for th week, 2006. (Photo credit: Wikipedia)
Setiap pagi, dia bangun dari tidur dan bersiap-siap untuk mengerjakan solat subuh dan ke sekolah. Dia hanya berjalan kaki kerana ayahnya tidak mampu menyediakan kenderaan ke sekolah.

Kebiasaanya, ibu kepada anak kecil itu akan menyediakan sebekas nasi putih bersama ikan kering berkuahkan kicap untuk dibawa ke sekolah. 

Hanya sepasang pakaian ke sekolah yang dapat disediakan oleh ayahnya yang bekerja sebagai penebas rumput. Ibunya pula bekerja sebagai pencuci pinggan di sebuah kedai makan.
Jarang sekali dia dapat membawa duit. Sekiranya ada sekalipun, hanya cukup untuk membeli makanan yang paling rendah harganya bagi melapik perut. 

Namun demikian, dia sukar menggunakan duit pemberian ayahnya untuk membeli makanan di sekolah kerana baginya harga wang syiling walaupun sepuluh sen terlalu tinggi harganya. Dia lebih memilih untuk menyimpan sahaja.

Anak kecil itu dibernama Ali. Dia baru sahaja berusia lapan tahun dan adiknya pula berusia enam tahun. Ibunya pula bernama Yanti dan ayahnya bernama Abu.

Pada suatu hari, Ali mengajak adiknya secara senyap mencari dan mengumpulkan barangan terpakai untuk dijual. Biarpun ibu dan ayahnya acap kali melarang mereka berpeleseran di kawasan pembuangan sampah atau mencari barangan terpakai, namun mereka tetap melakukan juga kerana ingin membantu ayah dan ibunya. Mereka pergi secara senyap ketika ayah dan ibunya keluar bekerja.

Tanpa diduga oleh mereka berdua, kaki si adik tesepit pada jaring besi yang terletak di atas laluan air longkang. Longkang itu terlalu dalam dan air yang mengalir di bawahnya hitam legam.

Ali cuba membantu adiknya untuk melepakan kaki dari tersepit. Adiknya pula hanya mampu menangis meminta tolong kerana kesakitan. Susunan jaring besi itu telalu rapat. Kaki adik tidak dapat bergerak.

Oleh kerana tiada cara lain, Ali terpaksa melepaskan kasut yang dipakai oleh adiknya ke dalam longkang demi menyelamatkan kaki adiknya yang tersepit. Kasut yang dipakai oleh adik Ali adalah kasut yang sering digunakan untuk ke sekolah. Akhirnya, kaki adik Ali berjaya dikeluarkan dari jaring besi itu.

Meskipun kaki adik Ali terasa sakit, tetapi perasaan takut lebih menghantui mereka berdua ketika hendak pulang ke rumah. Ini kerana bimbang dimarahi oleh ayahnya. Ayahnya cukup marah kalau mereka hilangkan sesuatu barang kerana mereka kurang kemampuan.

Bagi mengelakkan hal itu sampai kepada pengetahuan ibu dan ayah mereka, maka Ali mengambil keputusan dengan menggunakan kasut sekolah berganti-ganti.

"Bagaimana caranya? Sekolah kita tidak sama."tanya adik Ali.

"Begini, abang kelas pagi dan adik kelas petang. Kita akan berjumpa pada jam 1.30 petang di belakang kedai Pak Mat. Biasanya, abang keluar dari sekolah lebih kurang jam 1.00 petang dan kita tukar kasut di situ. selepas itu bolehlah adik ke kelas" jelas Ali kepada adiknya.

Sepertimana yang dijanjikan oleh mereka berdua begitulah yang mereka lakukan setiap hari persekolahan. Mereka berdua tergesa-gesa ketika waktu habis kelas pagi dan masuk kelas petang. Mereka terpaksa berlari pantas kerana masa yang mereka ada terlalu suntuk dan jarak antara sekolah mereka agak jauh.

Setiap hari, Ali akan berlari pantas ketika waktu kelas telah tamat. Dia tidak mahu adiknya terlewat masuk ke kelas. Dia juga tiada masa untuk dia berlengah-lengah atau berbual-bual dengan rakan-rakannya yang lain.

Perkara tersebut berlarutan sehingga tiga bulan lamanya. Rahsia mereka berdua tersimpan tanpa pengetahuan kedua orang tua mereka. Mereka tidak berani membocorkan rahsia kehilangan kasut adik Ali takut dimarahi ayahnya.

Pada suatu hari, di sekolah Ali ada acara sukan tahunan. Salah satu acara yang dipertandingkan adalah larian merentas desa. Ali begitu minat dengan acara tersebut kerana hadiah yang ditawarkan adalah sepasang kasut sekolah jika mendapat tempat ke dua.

 Di rumah, Ali memberi tahu adiknya supaya dia berdoa kepada Allah supaya diberikan kejayaan dalam pertandingan itu nanti. Adiknya juga gembira dan mengharapkan abangnya berjaya.

Hari yang ditetapkan oleh pihak sekolah pun tiba. Kelihatan, ramai peserta yang mengambil bahagian, masing-masing dengan kasut sukan yang baru dan berkualiti. Ali hanya bersiap sedia dengan kasut koyak untuk berlari. Dia tidak menghiraukan semua itu, yang penting dia perlu berusaha untuk dapatkan tempat ke dua.

Pertandingan pun bermula sejurus bunyi letupan pistol dilepaskan oleh guru besar. Para peserta begitu gigih berlari. Ali juga begitu. Dia berlari dan terus belari. Dalam mindanya hanya satu iaitu untuk dapatkan tempat kedua.

Jarak yang perlu dilalui oleh para peserta adalah 10 kilometer. Setelah 8 kilometer berlalu ramai peserta yang telah kecundang. Hanya tinggal beberapa lagi peserta yang masih bertahan dan kebanyakkannya sudah perlahan larian mereka.

Beberapa orang sahaja yang berada dalam kumpulan di hadapan dan salah seorang daripada mereka adalah Ali. Larian Ali juga semakin perlahan namun digagahi juga kerana matlamatnya adalah tempat kedua. 

Tinggal lagi 500 meter untuk sampak ke garisan penamat. Ali sekarang, berada di tempat ke tiga. Ada dua orang lagi peserta yang sedang berlari di hadapannya. Dia mula bimbang, bagaimana untuk dia dapatkan hadiah kasut jika dia berada di tempat ke tiga. Namun, kepenatan kian meningkat dan keupayaan semakin menurun.

Lantas, Ali membuat keputusan dengan memejam mata dan berlari sedaya yang mampu. Dia berlari dan terus belari. Di saat itu, dia hanya mendengar sorakan para penonton yang menyaksikan pertandingan itu.

Barangkali, Ali telah kehabisan tenaga dan akhirnya dia jatuh ke bumi. Cuaca pada ketika itu begitu terik sekali. Di tambah dengan hiruk pikuk manusia yang terlalu ramai, dia tidak dapat melihat apa yang berlaku di sekelilingnya. Dalam pada itu, sorakkan penonton- penonton semakin kuat.

Ali terduduk di atas tanah dengan perasaa hampa kerana dia telah terjatuh ke bumi. Tiba-tiba datang seorang lelaki mengangkat dan menjulang Ali. Terdengar suara yang agak kuat di telinga Ali. "Tahniah Ali! Tahniah Ali!" Ali masih terpinga-pinga.

Setika kemudian seorang guru mengumumkan keputusan pertandingan itu. Barulah Ali sedar bahawa dia telah berjaya mendapat johan larian merentas desa. Ali berasa sedih kerana dia mendapat tempat ke dua, bukannya tempat pertama.

Kasut yang diidamkan selama ini tidak tercapai. Dia dipanggil oleh guru besar untuk menerima hadiah sekalung pingat dan sepasang baju. 

Ali pulang ke rumah dengan perasaan hampa kerana tidak berjaya menghadiahkan sepasang kasut untuk adiknya.



Enhanced by Zemanta
Tag : Cerita
8 Komentar untuk "Kerana Kasut Yang Hilang"

cerita yang bagus.. apa sambungannya..=)

Pada asalnya saya tidak bercadang untuk menyambung cerita ini. Saya biarkan ia di situ sekadar mencetus idea untuk pembaca berfikir.

InsyaAllah jika saya ruang dan peluang saya sambung lagi.


Terima kasih

apa kata Ali pergi tukar hadiah dengan pemenang tempat kedua. Boleh dapat kasut lepas tu

owg asa mcm penah dengaq je cita ni...betul x hehe ^_^

Boleh juga Ali pergi tukar hadiah tu tetapi pemenang tempat kedua mungkin setuju mungkin tidak

Terima kasih semua yang memberi komen terhadap cerita ini.

Back To Top