Hari Ini Sudah Berselawat

Pengaruh Kepada Pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (Huraian)

1. Agamaa. Agama merupakan aspek tertinggi dalam falsafah pendidikan kebangsaan dan setiap individu haruslah memahaminya. Negara kita terdiri daripada pelbagai bangsa yang menganut pelbagai agama seperti Islam, Kristian, Budha dan lain-lain lagi. Adalah ganjil kepada mereka yang tidak beragama. Di barat sendiri meletakkan agama sebagai aspek penting dalam sistem mereka.


2. Sejarah perkembangan politika. Dasar pendidikan Malaysia berubah-rubah mengikut perkembangan politik dan dasar pemerintahan Negara. Kini pendidikan memainkan peranan penting dalam kedudukan ideologi dan keperluan politik Negara. Maju dan mundurnya sesebuah Negara bergantung kepada sistem atau dasar pendidikan yang ada.


3. Sosial
a. Aspek social menjadi factor yang mempengaruhi pembentukan falsafah pendidikan Malaysia demi menjaga suasana yang harmoni dalam kalangan masyarakat kita yang terdiri daripada pelbagai bangsa yang berbeza dalam beberapa sudut seperti cara atau gaya pekerjaan dan social budaya.


4. Ekonomia. Faktor ekonomi juga merupakan element penting kerana pihak kerajaan terpaksa menyediakan pelbagai kemudahan asas dan jurusan pengajian untuk membolehkan setiap individu merebut peluang mendapatkan pendidikan.


5. Individu
a. Keupayaan dan potensi individu merupakan asset penting untuk membangunkan Negara Malaysia. Melalui system pendidikan yang berkesan dan sistematik mampu melahirkan individu yang cemerlang, berpotensi dan seimbang dengan kecerdasan mental, kekuatan fizikal dan kesihatan social.


6. Keperluan sejagata. Dalam bidang pendidikan, kerjasama dengan Negara-negara luar turut dieratkan melalui badan-badan yang penting seperti UNESCO,WHO, Bank Dunia dan sebagainya untuk mendapatkan beberapa kelebihan yang boleh digunakan oleh masyarakat Malaysia.


Sumber:
Mohd. Saleh Lebar(1996).Perkembangan dan Haluan Kurikulum Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur: Berita Publishing Sdn. Bhd.
0 Komentar untuk "Pengaruh Kepada Pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (Huraian)"

Back To Top