Assalamualaikum dan salam sejahatera.
Semalam memang sibuk dengan kerja-kerja di politeknik, tidak sempat melawat blog sendiri. Hari ini saya ambil kesempatan untuk update blog.
Lama juga saya duduk termenung mencari idea untuk menulis. Akhirnya saya terjumpa satu kata-kata hikmah yang cukup terkesan kepada diri saya dan saya rasa amat baik untuk dihayati oleh pelajar-pelajar yang sedang belajar.
Kata-kata hikmah ini berbunyi:
"Belajar adalah harta karun yang akan selalu mengkuti pemiliknya walapun kemana juga."
Kata-Kata Hikmah Belajar Umpama Harta Karun
Belajar |
Saya rasa anda percaya dengan kata-kata hikmah ini "Belajar adalah harta karun yang akan selalu mengkuti pemiliknya walapun kemana juga."
Kenapa belajar diibarat dengan harta karun?
Salah satu sebabnya adalah belajar merupakan aset yang cukup berharga. Bila kita belajar, ilmu boleh bertambah dalam diri kita.
Apabila ilmu banyak dipelajari, hidup lebih mudah.
Anda juga maklum bahawa Karun seorang manusia yang hidup di zaman Nabi Musa AS yang cukup kaya.
Kekayaannya memang tiada tolok bandingnya jika dibandingkan dengan kekayaan manusia di atas dunia ini.
Diceritakan bahawa kunci yang digunakan untuk membuka pintu hartanya terpaksa dibawa oleh unta-unta yang banyak.
Oleh kerana hartanya yang banyak, Karun boleh apa sahaja dengan hartanya.
Namun begitu dia ingkar dengan perintah Allah SWT kerana menyangka harta yang dimilikinya itu adalah atas usaha dia sendiri bukan daripada Allah SWT.
Sebab itu, dia dihukum Allah SWT semasa dia hidup lagi.
Tetapi, betapa banyak hartanya memang tidak dapat dinafikan dan berbalik kepada tajuk post ini, belajar diumpamakan dengan harta karun sebab belajar sangat berharga.

Dengan belajar kita boleh mendapat ilmu. Dengan ilmu kita boleh pergi mana sahaja dengan mudah.
Sebagai contoh, kalau mahu berniaga, kita perlukan ilmu. Jika mahu berniaga tudung, kita perlu belajar selok-belok tudung.
Kalau tidak kita sukar untuk berniaga dan mungkin kita akan melakukan kesalahan sepajang proses berniaga tudung.
Rahsia Bisnes Tudung |
Jadi, belajarlah kerana ia amat berharga.
Tag :
Kata-Kata Hikmah
0 Komentar untuk "Kata-Kata Hikmah Belajar Umpama Harta Karun"