Jom Kita Berselawat

Kenapa Ibu Bapa Sibuk Cari Buku Bahasa Inggeris?

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera 

Sehingga kini saya terlibat dengan sistem pendidikan pengajian tinggi sudah lebih daripada 5 tahun sebagai seorang pensyarah politeknik.

Kenapa Ibu Bapa Sibuk Cari Buku Bahasa Inggeris?
Tun Mahathir di Persidangan Unimap

Majoriti, sistem pendidikan pengajian tinggi di negara kita memang memerlukan kita menguasai bahasa Inggeris dengan baik.

Kenapa Ibu Bapa Sibuk Cari Buku Bahasa Inggeris?


Pergilah mana-mana IPTA atau IPTS kebanyakkannya menggunakan bahasa Inggeris. Kalaupun mereka tidak bertutur dalam bahasa Inggeris, nota-nota atau buku rujukan menggunakan bahasa Inggeris.

Pihak kerajaan kita memang seringkali mempromosi penggunaan Bahasa Inggeris dalam kehidupan kita kerana mahukan rakyatnya tidak ketinggalan dalam persaingan dengan dunia.

Tidak hairanlah terdapat banyak program-program bahasa Inggeris yang dijalan di sekolah-sekolah dan pelbagai pihak untuk mendedahkan rakyat Malaysia dengan bahasa Inggeris.


Beliau berkata ada graduan yang langsung tidak menguasai bahasa Inggeris menyebabkan mereka tidak mendapat tempat di sektor pekerjaan.
Bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Forum Presiden Universiti Asia (AUPF) 2013 di kampus Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Pauh Putra dekat sini Isnin, Dr Mahathir berkata mereka yang berkebolehan menguasai bahasa Inggeris lebih mudah diterima bekerja.
Sebagai contoh, beliau berkata baru-baru ini sebanyak 333 calon lepasan institusi pengajian tinggi dipanggil temu duga untuk jawatan berkaitan IT (teknologi maklumat) namun hanya tujuh daripada mereka yang diterima bekerja kerana selebihnya tidak menguasai bahasa Inggeris.
"Semasa ditemu duga dalam bahasa Inggeris, ada antara mereka yang minta soalan diterjemah dalam bahasa Melayu," katanya.
Dr Mahathir berkata beliau juga seorang pejuang bahasa sejak 1947 namun sebagai seorang yang pragmatis, bahasa Inggeris tidak boleh dipinggirkan.
Beliau berharap bahasa Inggeris diguna secara meluas dalam mata pelajaran sains dan matematik demi masa depan pelajar.
Katanya, ada perkataan atau istilah yang sukar untuk diterjemah, terutama bagi mata pelajaran sains, dan sewajarnya ia dalam bahasa Inggeris untuk mata pelajaran berkenaan.
Terdahulu, semasa menyampaikan ucaptama, Dr Mahathir turut menekankan kepentingan penggunaan bahasa Inggeris bagi mata pelajaran Sains dan Matematik.

Jadi, itulah sebabnya ibu bapa juga sibuk cari buku panduan bahasa Inggeris untuk anak mereka. --->>Buku Fizikal English Itu Mudah - Belajar Grammar English Dalam Bahasa Malaysia

Buku ini memang mudah dibaca oleh ibu bapa dan pelajar secara sendiri kerana buku ini tidak menggunakan bahasa Inggeris 100%. 

Tetapi ia menggunakan bahasa Melayu untuk memudahkan sesiapa sahaja yang mahu belajar bahasa inggeris.


Semoga anda cepat belajar bahasa Inggeris. Jangan putus asa. Teruskan berdoa kepada Allah SWT supaya anda cepat faham bahasa Inggeris.



     
0 Komentar untuk "Kenapa Ibu Bapa Sibuk Cari Buku Bahasa Inggeris?"

Back To Top