Hari Ini Sudah Berselawat

Kata-Kata Hikmah Pemulih Semangat

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera 

Ya, hari ini saya ada satu lagi kata-kata hikmah yang menjadi mutiara kata untuk dikongsi bersama dengan anda. 

Kata-kata hikmah untuk menarik diri kita supaya kembali bersemangat dan terus bersemangat untuk belajar dan berusaha.

Kata-Kata Hikmah Pemulih Semangat


Sebelu, ada baca kata-kata hikmah dibawah ini, apa kata anda baca koleksi kata-kata hikmah pengembali semangat ini.

Kalau sudah baca, mari kita baca sama-sama Kata-Kata Hikmah Pemulih Semangat dan hayati dengan penuh iltizam.

Kata-kata hikmah yang saya maksudkan berbunyi begini:

Belajarlah selagi yang lain sedang tidur, 
Bekerjalah selagi yang lain sedang bermalas-malasan,
Bersiap-siaplah selagi yang lain sedang bermain, dan
Bermimpilah selagi yang lain sedang berharap.

Kata-Kata Hikmah Pemulih Semangat
Kata hikmah



Apa yang boleh saya katakan di sini adalah, dalam mengejar cita-cita yang kita harapkan, kita perlu terus belajar,  berusaha dan melakukan persediaan yang cukup rapi.

Usah terpengaruh dengan orang lain yang boleh menghalang kejayaan yang bakal kita kecapi.

Brangkali, ada rakan kita yang sedang nyenyak tidur dibuai mimpi sedang kita berhempas-pulas untuk belajar.

Barangkali, ada rakan kita yang sedang buat sambil lewa ketika kita sedang berpenat lelah bekerja.

Kemungkinan juga, ada rakan kita sedang bermain atau berseronok di saat kita sedang malakukan persiapan dan perancangan.

Biarkan apa yang mereka mahu lakukan, yang penting teruskan berusaha, belajar, dan melakukan apa sahaja untuk kita mengejar cita-cita.

2 Komentar untuk "Kata-Kata Hikmah Pemulih Semangat"

Back To Top