Assalamualaikum
Pagi tadi isteri saya minta izin menempah kek coklat. Saya hairan juga kenapa mahu menempah kek ?
Setahu saya, tidak ada sesiapa dalam ahli keluarga kami yang menyambut hari lahir. Saya tanya kepada isteri saya kenapa mahu menempah kek dan sambil tersenyum beliau jawab "saja...teringin nak makan."
Saya pun jawab, "Ok."...
Ya, kek coklat memang digemari ramai. Kalau orang dewasa pun gemar makan kek coklat, apatah lagi kanak-kanak.
Sekarang ini, bukan sahaja kek yang berasaskan coklat banyak dijual di pasaran, malahan terdapat banyak lagi makanan yang berasaskan coklat seperti kuih, pau coklat, roti coklat dan sebagainya.
Tetapi tahukah anda bahawa coklat ada banyak jenis sebenarnya dan Rahsia Coklat Buatan Tangan Dengan Kos Minimum pun ada.
Kalau anda tahu jenis-jenis coklat ini bolehlah anda membuat coklat sendiri setiap hari dan jual kepada orang lain.
Jom tengok apakah jenis-jenis coklat yang ada.
Jenis-Jenis Coklat Untuk Buat Coklat Sendiri
Dalam entri ini saya kongsikan 4 jenis coklat yang boleh kita guna untuk membuat coklat sendiri.
1) Coklat Couverture
Coklat Couverture |
Coklat yang dihasilkan daripada penggunaan bahan utama iaitu massa koko dan lemak koko. Ia dikenali sebagai coklat yang bermutu tinggi.
Walaupun pengendaliannya agak rumit, tetapi rasa coklat ini lebih halus. Maklumlah, ini merupakan coklat Gred A.
2) Coklat Compound
Coklat Compound |
Coklat ini lebih murah kerana bahan utama yang digunakan serbuk koko manakala lemak koko mengantikan lemak koko asli.
Coklat yang dihasilkan daripada penggunaan serbuk koko dan lemak koko gantian ini dikenali sebagai coklat compound.
Coklat compund kurang sensitif terhadap suhu berbanding dengan coklat conventure. Sebab itu harga conventure lebih mahal sikit.
3) Coklat Berperisa
Coklat Berperisa |
Terdapat coklat berperisa dan berwarna. Ianya adalah coklat putih yang diperisakan dan diwarnakan seperti perisa strawberry, oren dan sebagainya.
4) Coklat tanpa gula
Coklat Tanpa Gula |
Untuk menghasilkan rangkaian coklat tanpa gula, bahan utama iaitu gula biasa digantikkan dengan gula tiruan seperti maltitol dan isomalt.
Inilah 4 jenis coklat yang boleh kita gunakan untuk buat kek dan kuih yang berasaskan coklat. Kalau anda mahu tahu cara buat coklat sendiri sila klik --->>Cara mudah buat coklat sendiri.
0 Komentar untuk "Jenis-Jenis Coklat Untuk Buat Coklat Sendiri"