Isi kurikulum

Isi kurikum boleh dibahagi kepada beberapa bahagian iaitu fakta, konsep, andaian, teori dan prinsip. Perancangan isi kurikulum memerlukan kepada beberapa perkara:

1. Isi kandungan hendaklah luas dari segi bidang persekitaran untuk membolehkan murid-murid membuat pemilihan yang sesuai dan tepat. Ini bermakna bahawa isi kurikulum adalah bercorak kemanusiaan, sains serta teknologi boleh digabung jalinkan jika perlu.
2. Isi pelajaran mesti mendapat pengesahan dari segi konsep, teori pembelajaran dan objektif sebelum masuk ke dalam isi kurikulum. Di samping itu, kepentingan murid dan ke dalaman kurikulum perlu juga diberi perhatian.
3. Isi kandungan haruslah tidak terlampau tinggi atau rendah dan sesuai pula pada semua peringkat pengajian. Dalam suatu pelajaran, guru tidak saharusnya terlampau banyak memasukkan isi pelajaran kerana masa yang diperuntukkan adalah terhad.
4. Isi kurikulum hendaklah mengikut perkembangan masa seperti pelajaran sejarah
5. Isi kurikulum hendaklah mengikut pengalaman murid-murid
6. Konsep yang dianggap penting hendaklah di dahulukan
7. Isi hendaklah mengikut perkembangan penemuan kajian tentang sesuatu perkara.

Sumber:
Mohd. Saleh Lebar(1996).Perkembangan dan Haluan Kurikulum Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur: Berita Publishing Sdn. Bhd.

0 comments:

Post a Comment

Recent Posts

Total Pageviews

Buku Saya

Buku Saya
Sebuah Buku Kecil Untuk Mengenali Erti Syukur. Berminat? SMS 012-4603666

Followers

Google+ Followers

Komen Terbanyak Bulan Ini

Vote For Us!

Blogged.my Free Automatic Link Page Ranking Tool Referer List