Unsur Penting Dalam Falsafah Pendidikan Negara

Assalamualaikum

Kita seringkali membaca Falsafah Pendidikan Negara di mana-mana sumber seperti buku, internet dan sebagainya namun kita jarang berbincang apakah Unsur Penting Dalam Falsafah Pendidikan Negara.

Hari ini saya ingin berkongsi apakah beberapa perkara penting yang menjadi Unsur Penting Dalam Falsafah Pendidikan Negara 

Unsur Penting Dalam Falsafah Pendidikan Negara  


1. Menjadi warga Negara Malaysia yang baika. Warga Malaysia mesti menjadi contoh yang baik melalui kepercayaan kepada Tuhan, berkhlak mulia, berilmu pengetahuan, bertanggungjawab kepada diri, masyarakat dan juga Negara.

2. Unsur intelek
a. Unsur intelek mengambil kira aspek hikmah, iaitu ilmu yang boleh membawa kebenaran dan kebaikan kepada orang ramai.

3. Unsur rohani dan emosia. Unsur ini merangkumi aspek ketuhanan, keagamaan, kemantapan jiwa, penghayatan nilai-nilai murni, berbakti kepada masyarakat dan berkorban apa sahaja.

4. Unsur jasmania. Unsur jasmani merujuk kepada kecergasan fizikal, kesihatan diri, dapat menggunakan tenaga untuk berdikari dan hidup bermasyarakat.

5. Memperkembangkan potensi individu
a. Potensi adalah bakat dan kebolehan diri seseorang yang dianugerahkan Allah SWT meliputi aspek intelek, rohani, jasmani, dan juga social yang mana boleh dicungkil dari semasa ke semasa.

6. Menyeluruh dan bersepadu
a. Potensi diri dikembangkan secara menyeluruh dan bersepadu.

7. Insan yang seimbang.
a. Sesorang itu dapat beribadah kepada Allah SWT dengan keseimbangan sifat-sifat seperti akal yang sihat baik dari segi jasmani, emosi, rohani dan sosial.

Sumber:
Mohd. Saleh Lebar(1996).Perkembangan dan Haluan Kurikulum Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur: Berita Publishing Sdn. Bhd.

0 comments:

Post a Comment

Recent Posts

Total Pageviews

Buku Saya

Buku Saya
Sebuah Buku Kecil Untuk Mengenali Erti Syukur. Berminat? SMS 012-4603666

Followers

Google+ Followers

Komen Terbanyak Bulan Ini

Vote For Us!

Blogged.my Free Automatic Link Page Ranking Tool Referer List