Assalamualaikum dan salam sejahtera
Edward de Bono memperkenalkan pemikiran ini untuk membolehkan individu melakukan anjakan pradigma dan menghasilkan idea-idea baru dari persepsi baru dan juga sudut baru. Pemikiran ini cuba mengeluarkan seseorang dari belengu pemikiran biasa.
Asas pemikiran kreatif yang berasaskan kepada kemungkinan dan perubahan. Pemikiran lateral mempunyai ciri-ciri berikut:
Gambar dari: Deepjava
Sudah dua hari saya tidak kemaskini blog ini. Saya agak kepincangan penyusunan jadual saya di tambah dengan keadaan internet yang tidak menentu. Walaubagaimanapun InsyaAllah, saya akan teruskan berblog, kerana blog merupakan teman saya yang boleh memotivasikan saya.
Hari ini saya ingin bercerita tentang berfikir lagi. Pernah dengar, pemikiran lateral? Saya rasa pemikiran ini jarang didedahkan kepada masyarakat umum kecuali dalam bidang pendidikan.
Edward de Bono memperkenalkan pemikiran ini untuk membolehkan individu melakukan anjakan pradigma dan menghasilkan idea-idea baru dari persepsi baru dan juga sudut baru. Pemikiran ini cuba mengeluarkan seseorang dari belengu pemikiran biasa.
Asas pemikiran kreatif yang berasaskan kepada kemungkinan dan perubahan. Pemikiran lateral mempunyai ciri-ciri berikut:
- Lari daripada cengkaman idea-idea lama
- Mencabar konsep-konsep yang telah diterima pakai
- Merancang penjenaan idea-idea baru
- Menangguhkan penilaian
- Tidak berminat kepada perkara-perkara yang jelas
- Berbeza dari cara berfikir biasa yang mengutamakan kebenaran dan kewajaran
Fokus pemikiran lateral ialah membolehkan otak melompat ke depan dari satu konsep ke konsep yang lain, dari satu idea ke idea yang lain. Idea yang dijana tidak semestinya betul di mata orang lain kerana betul atau salah bukan keutamaan pemikiran lateral.
Sumber:
MUnir Shuib dan Azman Azwan Azmawati (2001). Pemikiran Kreatif. Selangor: Prentice Hall.
Sumber:
MUnir Shuib dan Azman Azwan Azmawati (2001). Pemikiran Kreatif. Selangor: Prentice Hall.
Jangan fikirkan yang sedap saja, kadang-kadang kita kena juga telan yang pahit sebab kadang-kadang yang pahit itu ubat sedang yang sedap itu racun.
HM TUAH ISKANDAR al-Haj
HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Tag :
Berfikir
0 Komentar untuk "Pemikiran Lateral"