Jom Kita Berselawat

Successful Intelligence (Kecerdasan Kejayaan)


Saya terjemahkan Successful Intelligence dalam Bahasa Melayu sebagai Kecerdasan Kejayaan merujuk kepada kamus biasa yang digunakan oleh rakyat Malaysia. Mungkin Dewan Bahasa dan Pustaka mempunyai istilah yang lebih sesuai dengan apa yang maksudkan dengan Successful Intelligence yang dipelopori oleh seorang pakai psikologi yang memperkenalkan istilah ini iaitu Robert J. Sternberg.



Saya tertarik dengan untuk memahami tenteng kecerdasan ini yang sebenarnya telah diperkenalkan oleh beliau sejak era 80an. Namun di negara masih belum ada yang mendalami atau melakukan penyelidikan mendalam tentang kecerdasan kejayaan ini.



Serba sedikit tentang kecerdasan ini yang saya fahami hasil bacaan sendiri yang ingin dikongsi bersama.



Banyak keterangan tentang kecerdasan yang fokus kepada kemampuan mental seperti kosa kata, pemahaman, memori dan penyelesaian masalah yang boleh diukur melalui ujian kecerdasan. Hal ini mencerminkan kecenderungan psikologi untuk mengembangkan pemahaman tentang kecerdasan melalui pemerhatian tingkah laku zahir yang berkaitan dengan kecerdasan.



Namun Sternberg percaya bahawa fokus ini ukuran kepada kemampuan mental terlalu sempit. Beliau perpendapat bahawa kajian tentang kecerdasan dengan cara ini mengarah pada pemahaman hanya satu bahagian daripada kecerdasan dan bahawa bahagian ini hanya terlihat pada orang-orang yang 'pintar sekolah' atau 'pintar buku '. Sebagai contoh, banyak individu yang mendapat skor rendah dalam ujian kecerdasan, namun dia kreatif atau 'street smart' dan kerananya mempunyai kemampuan yang sangat baik untuk beradaptasi dan membentuk persekitaran mereka.



Sternberg mengkategorikan kecerdasan menjadi tiga bahagian:




  1. Kecerdasan Analitik: Seseorang yang berkemampuan untuk menyelesaikan masalah akademik, penyelesaian masalah tugas, seperti yang digunakan dalam ujian kecerdasan tradisional. Jenis ini biasanya memberikan tugas-tugas yang terdefinisi dengan baik masalah-masalah yang hanya mempunyai satu jawapan yang benar.


  2. Kecerdasan Kreatif: Seseorang yang berkemampuan untuk berjaya menghadapi situasi baru dan tidak biasa dengan memanfaatkan pengetahuan dan kemahiran yang ada. Individu-individu dalam kecerdasan kreatif yang tinggi boleh memberikan jawapan yang 'salah' kerana mereka melihat sesuatu dari perspektif yang berbeza.


  3. Kecerdasan Praktikal: Seseorang yang berkemampuan untuk beradaptasi dalam kehidupan sehari-hari dengan memanfaatkan pengetahuan dan kemahiran yang ada. Kecerdasan praktikal membolehkan seorang individu untuk memahami apa yang perlu dilakukan dalam tatacara tertentu dan kemudian melakukannya.

Sumber: wikipedia, buku succesful intelligence

0 Komentar untuk "Successful Intelligence (Kecerdasan Kejayaan)"

Back To Top