Hari Ini Sudah Berselawat

Penyesuaian, Membentuk dan Memilih Persekitaran

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Perkataan asal untuk komponen kecerdasan kejayaan ialah adapting, shaping and selecting environment.

Manusia dapat menyesuaikan atau adaptasi persekitaran apabila mereka mengubahsuai pemikiran mereka atau tingkah laku mereka untuk menyesuaikan dengan lebih baik ke dalam persekitaran mereka. Sebagai contoh, pelajar perlu menyesuaikan konteks sekolah walaupun jika mereka mungkin hendak berfikir atau melakukan perkara yang tidak pasti dikehendaki oleh sekolah. Guru cenderong untuk menilai pelajar yang mempunyai penyesuaian yang baik kerana sesetengah pelajar berjaya mencapai ekpektasi guru terhadap kelakuan mereka di dalam kelas. Untuk mencapai standard sekolah, guru juga perlu mengadaptasi persekitaran sekolah.

Definisi kecerdasan tradisional menekankan kepentingan adaptasi kepada persekitaran. Walaubagaimanapun, bila dilihat dengan lebih jelas, kecerdasan kejayaan melibatkan lebih daripada adaptasi. Kadang-kadang seseorang individu membuat keputusan bahawa kecerdasan bukanlah mengadaptasi persekitaran tetapi membentuk sesuatu persekitaran.

Kecerdasan kejayaan melibatkan keseimbangan di antara adaptasi dan pembentukan. Sesiapa yang selalu mengadaptasi dan tidak pernah mencuba untuk membentuk persekitaran dilihat menurut (akur) dan sesetengah kes lemah dalam prinsip dan kurang berani.

Apa yang saya tuliskan ini lebih kepada alih bahasa daripada bahasa Inggeris. Untuk lebih faham boleh rujuk buku seperti dibawah.


Gambar dari : google book



Sunber:

Sternberg j. Robert and Grigorenko Elena (2000) Teaching for successful intelligence. US: Arlington Heights, Illinois




0 Komentar untuk "Penyesuaian, Membentuk dan Memilih Persekitaran"

Back To Top