Hari Ini Sudah Berselawat

Set Keupayaan & Konteks Sosiobudaya

Gambar dari www.webdesign.org

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Komponen pertama dalam kecerdasan kejayaan ialah set keupayaan atau kebolehan. Set keupayaan diperlukan untuk mencapai kejayaan seseorang individu dalam hidup, walau apa pun definisi kejayaan bagi seseorang itu. Mengimbas kepada kisah kecerdasan kejayaan dalam entri yang lalu budak yang dianggap mempunyai pencapaian akademik yang baik tidak berjaya hidup sebaliknya budak yang dianggap biasa itu berjaya hidup. Oleh itu, there is one definition of success atau kejayaan sebenarnya tidak mempunyai satu maksud sahaja. Budak yang pertama mungkin mempunyai nilai kejayaan akademik yang tinggi yang mana dia berjaya dalam bidang pelajaran untuk hidup dalam jangka masa yang pendek. Di sini menunjukkan seseorang yang mempunyai kecerdasan akademik sahaja belum tentu mempunyai kejayaan dalam hidup.

Kejayaan boleh diterjemahkan dalam kontek sesuatu persekitaran sosiobudaya. Ia tidak wujud secara abstrak tetapi ia muncul bergantung kepada beberapa set standard ataupun tanggapan seseorang ataupun ramai. Cerita tentang beruang grizzly boleh dijadikan contoh di mana, budak pertama lebih dikatakan berjaya berbanding budak ke dua di sekolah, tetapi budak pertama tidak mampu untuk suvival dengan halangan dunia sebenar iaitu beruang grizzly. Sebenarnya kemahiran yang berbeza-beza diperlukan untuk persekitaran yang berbeza.

"Success is doing what you want to do, when you want, where you want, with whom you want, as much as you want."


0 Komentar untuk "Set Keupayaan & Konteks Sosiobudaya"

Back To Top