Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera
Cuma kalau dulu dapat makan puding karamel masa kenduri kahwin sahaja sebab emak saya jarang buat kuih-kuih modern.
1 tin susu cair ideal
5 sudu besar gula
3 biji telor gred A
1 sudu kecil esen vanila
1 tin susu cair
5 sudu besar gula
3 biji telor gred A
4 sudu besar serbuk koko + 1 sudu kecil pes coklat (yg mcm esen vanila tu tp perasa coklat)
2 sudu besar gula - hanguskan dan campur 4 sudu besar air panas
atau boleh guna 2 sudu besar madu
Ya, sudah siap. Sekarang boleh dihidangkan untuk dimakan dengan keluarga tersayang.
Anda ingin tahu cara dan Rahsia Coklat Buatan Tangan Dengan Kos Minimum, klik di sini --->>>Rahsia Coklat Buatan Tangan Dengan Kos Minimum
Lama-lama sekali kalau makan puding karamel lapis coklat sedap juga. Puding Karamel ini memang kegemaran saya sejak kecil lagi.
Cuma kalau dulu dapat makan puding karamel masa kenduri kahwin sahaja sebab emak saya jarang buat kuih-kuih modern.
Emak saya mahir buat kuih-kuih tradisional seperti bahulu, kuih bangkit, peneram dan lain-lain lagi.
Berbalik kepada puding karamel ini, isteri saya suka buat puding karamel juga tetapi belum pernah buat yang berlapis coklat.
Hari ini saya ingin kongsikan bagaimana cara buat Buat Puding Karamel Lapis Coklat. Selamat mencuba.
Cara Mudah Buat Puding Karamel Lapis Coklat
Puding Karamel Lapis Coklat |
Bahan-Bahan Untuk Buat Puding Karamel Lapis Coklat:-
Bahan-Bahan A
1 tin susu cair ideal
5 sudu besar gula
3 biji telor gred A
1 sudu kecil esen vanila
Bahan-Bahan B
1 tin susu cair
5 sudu besar gula
3 biji telor gred A
4 sudu besar serbuk koko + 1 sudu kecil pes coklat (yg mcm esen vanila tu tp perasa coklat)
Bahan-Bahan C
2 sudu besar gula - hanguskan dan campur 4 sudu besar air panas
atau boleh guna 2 sudu besar madu
Cara Membuat Puding Karamel Lapis Coklat
- Kacau bahan A dan bahan B dalam dua bekas berasingan. Tapiskan.
- Panaskan periuk kukusan, masukkan gula hangus atau madu dalam loyang 8 x 8 inci
- Bahagi dua setiap adunan dan tuangkan separuh dari adunan A dalam loyang.
- Kukus selama 5 minit atau hingga masak.
- Bila dah masak, tuangkan pula sukatan yang sama bagi adunan B atas adunan A.
- Ulang A dan B berselang seli hinga habis.
- Sejukkan dan terbalikkan ke dalam pinggan hidangan. Potong dan hidang.
Ya, sudah siap. Sekarang boleh dihidangkan untuk dimakan dengan keluarga tersayang.
Anda ingin tahu cara dan Rahsia Coklat Buatan Tangan Dengan Kos Minimum, klik di sini --->>>Rahsia Coklat Buatan Tangan Dengan Kos Minimum
0 Komentar untuk "Cara Mudah Buat Puding Karamel Lapis Coklat"