Hari Ini Sudah Berselawat

Meninggal Dunia Ketika Khutbah Jumaat Dibacakan

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Sekali, Allah SWT menunjukkan kebesaranNya kepada kita yang masih hidup. Semua kejadian yang ditunjukkan kepada kita pasti ada hikmah yang perlu kita renung dan fikirkan.

Sebelum ini telah saya kongsikan berita seorang jemaah surau yang  Meninggal Dunia Ketika Sujud dan Rahsia Meninggal Dunia Ketika Sujud.

Hari ini saya suka untuk berkongsi berita tentang seorang jemaah yang meninggal dunia ketika khutbah Jumaat dibacakan.

Meninggal Dunia Ketika Khutbah Jumaat Dibacakan, meninggal dunia.


Meninggal Dunia Ketika Khutbah Jumaat Dibacakan


Beberapa hari yang lepas kita dikhabarkan dengan berita kematian seorang jemaah yang pergi dalam keadaan yang kita anggap baik. 

Beliau meninggal dunia ketika berada di dalam masjid. Tambahan lagi, hari kejadian itu adalah hari Jumaat.

Allahyarham telah meninggal dunia ketika khutbah Jumaat dibacakan oleh khatib kira-kira jam 1.30 tengah hari.

Jemaah tersebut adalah seorang warga emas berumur 66 tahun. Beliau yang datang dari Kampung Padang Hutang Kampung untuk bersolat Jumaat tiba-tiba rebah sebelum disahkan meninggal dunia ketika khutbah Jumaat dibacakan.

Kejadian ini berlaku di sebuah masjid dalam negeri Kedah iaitu di Alor Setar. Masjid yang dimaksudkan adalah Masjid Rafeah Taman Uda. 

Beliau dikatakan mengidap penyakit darah tinggi dan telah lama meniggalkan tabiat merokok sejak bulan Ramadhan yang lalu kerana bimbingkan tahap kesihatannya. 

Sebaik sahaja beliau rebah, ada jemaah lain yang segera bertindak mengangkat mangsa dan meletakkannya di tepi dinding sambil memberi rawatan kecemasan.

Menurut salah seorang jemaah yang membantu Allahyarham, Yusof Abdul majid yang berusia 80 tahun dari Taman Muhibbah, ketika dia bersama jemaah lain mengangkat mangsa dan meletakkannya di tepi dinding dia masih bernafas.

Anak beliau mengatakan ayahnya telah lama mengadu penat dan sakit darah tinggi sejak dua tahun yang lalu.

Jenazah beliau telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Padang, Hutang Kampung Kedah.

Marilah sama-sama hadiahkan Al-Fatihah kepada beliau. Semoga Allah mengampunkan dosa Allahyarham dan menempatkannya dalam golongan oran yang diredhai Allah SWT.

Berita penuh boleh dibaca melalui MyMetro Online. Mudah-mudahan berita ini dapat memberikan keinsafan kepada kita semua.

In Sha Allah..

4 Komentar untuk "Meninggal Dunia Ketika Khutbah Jumaat Dibacakan"

takziah kepada keluarga beliau.. al-fatihah untuk beliau.. semoga ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan beramal soleh..

Kepada semua blogger kat luar... contohilah post nie...
walaupun simple.. tapi berisi...

Here is my web page - Affiliate Percuma

Back To Top