Hari Ini Sudah Berselawat

Kerana Harga Petrol RON95 Naik Lagi

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Bermacam-macam reaksi yang saya dengar dan baca sebaik sahaja berlakunya Harga Patrol RON95 Naik Lagi.

Sebelum pengumuman di buat oleh Perdana Menteri kita semalam, saya telah pun mengetahui khabar angin daripada rakan-rakan tempat kerja.

Jadi, pada petang sebelum kenaikan Harga Petrol RON95 Naik Lagi saya sudah merancang untuk mengisi sampai penuh kereta dan motorsikal saya.

Kerana Harga Petrol RON95 Naik Lagi


Selepas solat Maghrib saya pun keluar dengan memandu kereta untuk mengisi minyak, namun hasrat saya tidak kesampaian kerana sebaik sahaja saya hendak mengisi minyak di sebuah stesen minyak penutup minyak kereta saya tidak boleh hendak buka. 

Sudahlah saya terpaksa menunggu lama kerana banyak kereta yang beratur di hadapan. Orang yang beratur di belakang saya pun terpaksa menunggu saya. 

Mata dia tajam melihat keletah saya mengetuk-ngetuk penutup minyak dengan harapan ia akan terbuka. 

Setelah percubaan berkali-kali yang tidak berjaya, saya pun apa lagi buat keputusan untuk masuk ke dalam kereta dan berlalu pergi.

Seusai sampai di rumah, saya ambil kunci motorsikal dan bergerak menuju ke stesen minyak yang sama untuk mengisi minyak lagi. Alhamdulillah tercapai juga hasrat mengisi minyak.

Walaupun ada juga sedikit kekecewaan dalam hati kerana tidak dapat mengisi minyak ke dalam tangki kereta tetapi saya terpaksa akur dengan ketetapan Ilahi.

Mungkin ada yang kita tidak setuju. Barangkali ada yang cukup setuju. Namun, kita wajib terima bahawa semua yang berlaku adalah ketentuanNya.

Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini!
Biarlah tindakan kita berlandaskan syariat yang ditetapkan oleh Yang Maha Tahu, bukannya mengikut hawa nafsu. 

Jangan jadi seperti yang berlaku di Stesen Minyak Durian Tunggal Melaka. Oleh kerana Harga Petrol RON95 Naik Lagi, pengguna minyak juga naik angin. 

ron 95, Kerana Harga Petrol RON95 Naik Lagi
Kredit kepada Berita Semasa

Kalaulah kita rasa dizalimi, elekkan diri kita dari melakukan perkara yang tidak sepatutnya. Ingatlah Allah SWT itu Maha Adil.

Setiap diri kita telah Allah SWT tetapkan rezeki . Semoga Allah SWT memurahkan rezeki  dan melindungi kita semua. 



1 Komentar untuk "Kerana Harga Petrol RON95 Naik Lagi"

Saya berdoa supaya harga patrol dinaikan sekurang2nya rm 10 seliter supaya puas hati najib.

Back To Top