Hari Ini Sudah Berselawat

15 Kata-Kata Hikmah Imam Malik

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera


Di kala sibuk melakukan kerja, saya teringat kisah seorang lelaki hebat pilihan Allah SWT yang telah mengasaskan satu Mazhab dalam dunia Islam.

15 Kata-Kata Hikmah Imam Malik
Al-Muatta'


Salah seorang Imam 4 Mazhab yang menjadi rujukan seluruh umat Islam di dunia adalah Imam Malik

Sejarah Ringkas Imam Malik


Nama sebenar Imam Malik Rahimahullah adalah Malik Bin Anas Bin Malik Amir Al-Harith yang dilahirkan di Kota Madinah paa 93 Hijrah bersamaan dengan tahun 713 Masihi.

Beliau hidup pada zaman pemerintahan Khalifah Sulaiman Bin Abdul Malik di bawah kerajaan Bani Umaiyah.

Beliau berketurunan Sahabat Rasulullah SAW iaitu Amir bin Al-Harith yang banyak bekorban bersama Rasulullah SAW dalam menegakkan Islam.


Imam Malik merupakan seorang yang bercita-cita tinggi. Beliau  menanam azam dan berusaha bersungguh-sungguh dalam menuntut Ilmu, biarpun keluarganya dihimpit kesusahan.

Kesungguhannya dalam menuntut Ilmu begitu terserlah lagi. Semenjak kecil lagi beliau telah menghafal ayat-ayat Al-Quran dan Hadith.

Guru pertama yang dirujuk oleh Imam Malik adalah Abdul Rahman Bin Hamzah iaitu salah seorang ulama terkenal di Madinah yang telah memberi tunjuk ajar selama lapan tahun lamanya.

Merupakan seorang yang semangat belajar dan Imam Malik pernah belajar dengan 900 orang guru dari kalangan tabiin dan tabi' tabiin.


Oleh kerana kehebatan akal yang Allah SWT anugerahkan kepadanya, 29 buah hadith daripada 30 buah hatith yang dibacakan oleh gurunya berjaya di hafal dalam satu hari sahaja.


Berkat kegigihannya, beliau berjaya menjadi seorang ulama, hartawan, dermawan dan berjaya memegang jawatan Mufti Besar di Madinah.

Pernah menjadi guru pada usia 17 tahun dan dapat mengajar dengan baik meskipun pada usia yang masih muda. Masjid Nabawi merupakan tempat untuk beliau menyampaikan ilmu.


Beliau kembali mengadap Ilahi pada 10 Rabiulawal 179 Hijrah bersamaan 798 Masihi ketika berusia 86 tahun. Pemergian beliau meninggalkan empat orang anak iatu tiga putera dan seorang puteri.

Antara negara yang mengamalkan mazhab Maliki adalah Maghribi, Algeria, Libya, Iraq dan Palestin.

15 Kata-Kata Hikmah Imam Malik


Sepanjang hidup Imam Malik, beliau banyak meninggalkan kata-kata hikmah atau nasihat yang berguna untuk umat Islam.
Anak pintar cerdas

Hari ini saya ingin kongsikan 15 Kata-Kata Hikmah Imam Malik yang sepatutnya kita jadikan ia sebagai pedoman hidup.

  1. Ilmu itu adalah agama. Oleh itu, hendaklah kamu perhatikan daripada siapa kamu pelajari ilmu itu.
  2. Ilmu itu cahaya. Ia tidak akan jinak kecuali hanya kepada hati yang bertaqwa dan khusyuk.
  3. Apabila seseorang itu zuhud, Allah akan beri nikmat padanya.
  4. Sebaik-baik perkara adalah yang jelas dan nyata. Sekiranya kamu syak  antara dua perkara, ambillah yang mana lebih meyakinkan.
  5. Siapa mahu menjawab sesuatu masalah, dia perlu bentangkan dirinya dahulu ke dalam syurga dan neraka dan berusaha bagaimana dia akan selamat darinya.
  6. Perumpamaan orang munafik yang berada dalam masjid itu seperti burung yang berada di dalam sangkar. Apabila sangkar terbuka, maka mereka berebut-rebut keluar.
  7. Menurut apa yang diketahui bahawa ulama akan ditanya di akhirat kelak seperti apa yang ditanya pada nabi.
  8. Apabila seseorang itu memuji dirinya, maka hilanglah kebijaksanaannya.
  9. Orang yang menuntut ilmu agama pastilah warak, bersikap tenang dan bertaqwa.
  10. Seorang yang alim tidak patut bercakap berkenaan ilmu kepada mereka yang tidak layak mendengarnya dan mereka yang membencinya kerana dia hanya menjadikan ilmu itu hina.
  11. Apabila kamu ditanya sesuatu perkara, kamu perlu perhalusi dan teliti pendapat kamu dengan pelbagai pendapat orang lain kerana penelitian itu menghapuskan fikiran sempit seperti api menghilangkan kotoran emas.
  12. Allah tidak kasih kepada hambaNya yang diberi nikmat melainkan hamba itu melahirkan kesan nikmat Allah itu. Lebih-lebih lagi orang berilmu.
  13. Sesiapa yang tahu bahawa percakapannya hanya menunjuk-nunjuk kadar amalannya, maka kurangkanlah bercakap.
  14. Apabila seseorang manusia itu tidak berbuat baik pada dirinya sendiri, maka dia pun tidak baik di sisi manusia.
  15. Tidak ada kebaikan bagi sesiapa yang melihat dirinya arif dalam sesuatu perkara sedangkan orang lain tidak melihatnya sebagai ahli dalam perkara itu.

Mari hadiahkan Al-Fatihah kepada Ulama yang hebat ini dan cuba amalkan 15 Kata-Kata Hikmah Imam Malik yang bermanfaat ini.

Kredit kepada Hidup Biar Best.

4 Komentar untuk "15 Kata-Kata Hikmah Imam Malik"

al-fatihah untuk beliau dan semoga menjadi amalan kita bersama..

Assalammualikum...

dah.. moga2 al-fatihah kita sampai kepada beliau.. imam yang kita sayangi...

mselim3

Back To Top