Hari Ini Sudah Berselawat

Meninggal Dunia Ketika Sujud

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Bulan Ramadhan baru sahaja meninggalkan kita minggu lepas. Suasana Hari Raya Aidilfitri masih lagi terasa. Tambahan pula majlis rumah terbuka begitu banyak sekali di adakan.

bilal, Meninggal Dunia Ketika Sujud, hikmah, husnul khatimah, surau

Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini!
bilal, surau, Meninggal Dunia Ketika Sujud 2, hikmah, husnul khatimah

Dalam keseronokkan menyambut Hari Raya Aidilfitri, masihkah kita ingat sebuah berita yang berlaku dalam negara kita Malaysia dalam bulan Ramadhan yang lepas.

Berita tentang seorang bilal surau Meninggal Dunia Ketika Sujud dalam solat sunat ba'diah Zohor. Saya percaya sudah tentu ramai dalam kalangan masyarakat Islam yang mengimipikan kematian yang memperoleh Husnul Khatimah.

Ini semua adalah rezeki  dan hak daripada Allah SWT. Apa yang boleh kita lakukan adalah boleh berdoa dan berusaha agar mendapat rezeki ini yang tidak ternilai harganya.

Meninggal Dunia Ketika Sujud


KUALA LUMPUR 1 Ogos - Bilal Surau Al Mujahidin Desa Surada Bandar Baru Bangi ditemui meninggal dunia ketika sedang bersujud di dalam surau terbabit.
Kejadian yang berlaku pada bulan suci, Ramadan Al Mubarak itu menggemparkan penduduk setempat.
Sebelum ini, kejadian yang sama pernah berlaku tetapi hanya berlaku di luar negara dan hanya boleh disaksikan menerusi laman sosial Youtube.
Semoga Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman dan mendapat rahmatNya.

Biarpun kisah ini agak lama telah berlalu, hari ini saya ingin buka kembali sebagai peringatan buat diri saya dan sidang pembaca blog sekalian.

Beliau yang dimaksudkan adalah Almarhum Ruslan Ishak atau lebih mesra dengan panggilan Abang Lan. Beliau bertugas di surau Al-Mujaahideen, Desa Sudara, Bangi. 

Perkara yang ingin saya highlight dalam entri ini sebagai pengajaran untuk kita adalah terdapat 4 tanda zahir yang dipercayai wujud kepada si mati yang melayakkan untuk Husnul Khatimah. In Sha Allah.
  1. Disahkan meniggal ketika sujud Solat Sunat Ba'diah Zohor
  2. Sedang Berpuasa
  3. Petang Khamis
  4. Di dalam rumah Allah SWT
Pemergian Almarhum sememangnya memberi gambaran kepada kita akan kebesaran Ilahi yang perlu kita renung serta insafi. 

Nasib Almarhum, hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui dan hikmah disebalik kejadian memang sukar untuk kita singkap. 

Namum begitu, kita disuruh mengambil pengajaran serta mencontohi amalan orang yang berbakti kepada agama Allah SWT. Ada rahsia yang ingin dikongsikan tentang Allahyarham.

Semoga Allah SWT menempatkan kita dalam golongan yang diRedhaiNya dan memberikan kita Husnul Khatimah.



0 Komentar untuk "Meninggal Dunia Ketika Sujud"

Back To Top