Hari Ini Sudah Berselawat

Ketua Kongsi Gelap Di Tembak Mati

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Sebelum ini saya telah senaraikan 49 kongsi gelap yang telah diumumukan oleh Kementerian Dalam Negeri di bawah Akta Pertubuhan 1966.



Hari ini saya akan kongsikan pula satu berita yang agak mengejutkan kita tentang Ketua Kongsi Gelap Di Tembak Mati.

Di beritakan bahawa Ketua Kongsi Gelap Di Tembak Mati di hadapan ahli keluarganya. Berita sebenar boleh di rujuk menerusi My Star online.

JOHOR BARU: Seorang ketua kumpulan kongsi gelap berusia 37 tahun ditembak mati dihadapan ahli keluarganya ketika sesi upacara sembahyang di sebuah kuil di Gelang Patah dekat sini pada Jumaat. 
Ketika kejadian K. Jeganathan sedang berada dalam kuil bersama isteri dan tiga anaknya. 
Kira-kira pada pukul 7.30 malam, dua lelaki yang memakai topi keledar masuk ke dalam kuil berkenaan dan melepaskan beberapa das tembakan terhadap mangsa. 
Suspek kemudiannya segera meninggalkan tempat kejadian dengan menaiki motosikal.
Semuanya berlaku dalam beberapa minit sahaja. 
Jeganathan, dipercayai ketua kumpulan Geng 21, dikejarkan ke sebuah klinik di Gelang Patah dan namun dia disahkan meninggal dunia sebaik tiba di sana. 
Mayatnya di bawa ke Hospital Sultanah Aminah untuk dibedah siasat. 
Jurucakap polis meminta mereka yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu segera menghubungi hotline polis, di talian 07-2212999.

Tatkala membaca berita sebegini cukup merungsingkan kita. Adakah kita selamat selamanya? Bagaimana pengakhiran kita?

Kita semua akan kembali kepadaNya. Cuma masa yang belum diketahui. Marilah menambah amal kebajikan. Semoga kita dilindungi Allah SWT. 


Tag : isu semasa
0 Komentar untuk "Ketua Kongsi Gelap Di Tembak Mati"

Back To Top