Hari Ini Sudah Berselawat

Cara Mudah Memperoleh Pahala

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah syukur kita ke hadrat Allah SWT. Masih lagi kita diberi nafas untuk kita menyedut udara segar bagi meneruskan kehidupan di alam maya ini.

Berapa ramai orang yang sedang terlantar di atas katil sama ada di rumah atau di hospital yang memerlukan alat bantuan untuk bernafas?

Sedangkan kita diberi nikmat untuk bernafas dengan sesuka hati tanpa memerlukan alat bantuan pernafasan.

ibadah


Justeru, marilah kita sama-sama bersyukur setiap hari, setiap masa dan setiap saat. Bukan nikmat bernafas sahaja yang kita kecapi setiap hari, bahkan banyak lagi nikmat yang tidak dapat kita hitung untuk menyenaraikannya.

Sesungguhnya Allah SWT itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Dia juga Amat Pemurah. Mudahnya dia memberi nikmat  dan Dia juga mudah memberikan pahala kepada kita.

Cara Mudah Memperoleh Pahala


Dengan deria yang Allah SWT anugerahkan kepada kita juga membolehkan kita memperoleh pahala dengan begitu mudah sekali.

Hari ini saya ingin kongsikan cara mudah memperolehi pahala, hanya dengan menggunakan salah satu organ deria kita sahaja.

Dengan hanya menggunakan mata pun kita boleh memperoleh pahala. Caranya adalah dengan memandang kepada 4 perkara iaitu:

  1. Wajah Ibu bapa
  2. Al-Quran
  3. Lautan
  4. Kaabah

Perkara ini pernah disabdakan oleh Rasulullah SAW sebagai panduan untuk kita mendapat pahala dengan mudah.

Daripada Aisyah bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Melihat pada tiga perkara adalah ibadah. Melihat wajah ibu bapa, melihat al-Quran dan melihat lautan," (Riwayat Abu Nuaim) dan ditambah dengan (Riwayat Abu Daud).

Pahala yang Allah SWT anugerahkan kepada kita adalah ganjaran kepada untuk menggalakkan kita memperbanyakkan amal ibadah.

Seandainya kita mahukan syurga, pahala sahaja tidak mencukupi untuk kita membeli syurga. Sebaliknya syurga hanya layak untuk kita adalah dengan rahmat Allah SWT. 

Rahmat Allah SWT adalah rezeki paling agung.

Tag : Ibadah
2 Komentar untuk "Cara Mudah Memperoleh Pahala"

Back To Top