Hari Ini Sudah Berselawat

Masalah Teknikal Dalam Filem Tanda Putera

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Dalam pada kita memenuhi undangan rumah terbuka dalam bulan syawal ini, sedar tidak sedar tinggal sehari sahaja lagi kita akan menyambut ulang tahun kemerdekaan kali yang ke 56 tahun.  

Seperti tahun-tahun yang lalu, siaran televisyen di negara kita akan menayangkan rancangan yang lebih patriotik.

semasa, masalah tekenikal, filem, tanda putera


Bukan setakat drama sandiwara, dokumentari, filem-filem yang pernah ditayangkan di pawagam yang berunsurkan patriotik pasti ditayangkan dalam televisyen.

Bersempena dengan bulan kemerdekaan tahun ini kita dihidangkan dengan sebuah filem patriotik yang mencetuskan sedikit kontroversi. Filem itu adalah Tanda Putera.

Dalam entri ini, bukan isu kontroversi yang ingin saya kongsikan tetapi masalah teknikal dalam filem Tanda Putera.

Masalah Teknikal Dalam Filem Tanda Putera


Terdapat beberapa babak yang menunjukkan sedikit masalah teknikal dalam filem Tanda Putera yang kontroversi ini. 

Dari segi pengambaran filem ini, jalan ceritanya berkisar dalam tahun yang tidak jauh daripada kemerdekaan kita berlaku (1969).

Namun, apa yang berlaku dalam filem ini ditunjukkan babak yang boleh menimbulkan tanda tanya kepada penontonnya iaitu:

  1. Gambar sebuah kereta proton saga aerobik
  2. Gambar kamera CCTV
  3. Gambar smoker detector 
  4. Gambar Air Cond Compressor
Sedangkan perkara-perkara di atas belum sampai ke negara kita Malaysia dalam tahun 1969. 

Mungkin terdapat kesilapan teknikal yang tidak dapat dielakkan. Biasalah manusia, pasti ada kesilapan.

Filem yang ditayangkan mungkin ada mesej yang cuba disampaikan oleh semua yang terlibat dalam menjayakan filem ini.

Apa yang penting bagi kita adalah pandai menilai sesuatu perkara dengan baik berdasarkan Al-Quran dan Sunnah Rasullah SAW.

Apakah erti kemerdekaan bagi anda? Adakah cukup dengan melaungkan merdeka! Adakah cukup merasa sedih dengan perjuangan orang dahulu yang telah meninggalkan kita?

Teruskan menuntut Ilmu. Biarpun nyawa kita dicabut malaikat maut. In Sha Allah...

Tag : isu semasa
0 Komentar untuk "Masalah Teknikal Dalam Filem Tanda Putera"

Back To Top