Hari Ini Sudah Berselawat

Definisi Kurikulum

Assalamualaikum dan salam sejahtera...


Hari ini merupakan hari pertama saya memasuki kelas untuk semester ni. Subjek hari ini ialah Pembangunan Kurikulum dalam Pendidikan Teknik & Vokasional. 

Untuk menjadikan saya tidak terpingga-pingga apabila masuk kelas subjek ini akan datang, saya perlu lah mengetahui apakah maksud kurikulum.


Definisi Kurrikulum

Gambar dari UCS


Berdasarkan penulisan Ishak Ramly (2003), kurikulum merangkumi semua pengalaman yang didapati di dalam dan luar sekolah dan perkara yang diajarkan di sekolah dan bilik darjah. 

Beliau turut mengkelaskan kurikulum kepada tiga bahagian iaitu:
  1. Kurikulum sebagai program yang dirancang dan dilaksanakan di sekolah
  2. Kurikulum sebagai program yang dirancang dan dilaksanakan secara praktikal di dalam kelas
  3. Kurikulum adalah pengisian sepanjang hayat bagi membudayakan ilmu dan pengalaman individu ataupun berkumpulan.
Yusu Hashim(2000) pula menganggap kurikulum sebagai laluan atau balapan bagi sesuatu pertandingan perlumbaan kereta kuda berdasarkan maksud perkataan kurikulum yang berasal daripada perkataan Latin iaitu Curere yang bermaksud laluan

Manakala dalam bahasa Inggeris kurikulum bermaksud jelmaan atau metamorfosis. Paduan maksud kedua-dua bahasa ini menghasilkan definisi laluan dari satu peringkat ke satu peringkat.

Banyak lagi sumber-sumber yang menterjemahkan maksud kurikulum yang lebih kompleks.Secara ringkas, kurikulum adalah bidang pengajian di sekolah (Mohd. Salleh Lebar,1996).


Sumber:


Konsep Dan Perkembangan Kurikulum dan Instruksi

Perkembangan dan Haluan Kurikulum Pendidikan Malaysia


Dada orang berakal itu ialah peti rahsianya. ( Saidina Ali Abi Talib).
2 Komentar untuk "Definisi Kurikulum"

Back To Top