Hari Ini Sudah Berselawat

Teori Kecerdasan Telah Wujud Dalam Islam


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Saya masih lagi bertatih dalam menerokai ilmu kecerdasan yang banyak dipelopori oleh ahli psikologi barat. Baru ini saya terbaca satu artikel psikologi pendidikan penulisan Rizal Arifin dan Hairul Nizam Ismail yang menjelaskan keadilan teori kecerdasan pelbagai menurut perspektif Islam dan sebuah buku karangan Muhamad Mahyuni Nafis.

Teori Kecerdasan Telah Wujud Dalam Islam


Melalui dua bahan bacaan ini saya mendapat huraian-huraian yang nyatakan oleh pengkaji menunjukkan kecerdasan-kecerdasan yang dikaji oleh Howard Gardener mengenai Teori Kecerdasan Pelbagai, Zohar dan Marshall tentang Teori Kecerdasan Spiritual dan Daniel Golamen tentang Teori Kecerdasan Emosi telah wujud dalam Islam telah lama.

Menurut Muhamad Mahyuni Nafis (2007) ketiga-tiga kecerdasan iaitu kecerdasan emosi, kecerdasan spiritual dan kecerdasan intelektual sudah wujud dalam Islam sejak zaman dahulu cuma belum diketengahkan secara sistematik dan komprehensif seperti yang dilakukan oleh sarjana-sarjana barat. Kajian Rizal Arifin dan Hairul Nizam Ismail(2007) pula mendapati, berdasarkan perspektif Islam Gardener bukanlah 'pengasas sebenar' konsep kepelbagaian kecerdasan, namun beliau telah berjaya menjadikan konsep ini dalam bentuk yang lebih tersusun.

Seyyid Hossein Nasr (1994) dalam Rohana Kamaruddin et al (2005) dalam Rizal Arifin dan Hairul Nizam Ismail(2007) juga turut menyokong kenyataan di atas dengan menyatakan sebenarnya dunia Barat sering mengambil elemen-elemen tertentu daripada Sains Islam dan seterusnya diolah semula menurut pandangan Barat yang bersifat sekular dan mekanistik.

Walau bagaimanapun Rizal Arifin dan Hairul Nizam Ismail(2007) berpendapat tidak salah untuk umat Islam menerima teori kecerdasan pelbagai yang di pelopori oleh Gardener dan kita perlu berusaha untuk menambah baik sudut-sudut yang tidak mampu di terokai oleh beliau supaya teori ini bersesuaian dengan konsep keimanan berlandaskan Islam.

Rujukan:

Muhamad Wahyuni Nafis (2007). Yakin Diri 9 Jalan Cerdas Emosi & Cerdas Spiritual. Selangor: PTS Millenia Sdn. Bhd.

Rizal Arifin dan Hairul Nizam Ismail(2007). Konsep Keadilan dalam Teori Kecerdasan Pelbagai Menurut Perspektif Islam. DP. Jilid 7. Bil 2


Walaubagaimanapun alim seseorang itu, dia tidak akan dapat manfaat daripada ilmunya selagi ilmunya tidak berpedoman kepada akal. ( Lukmanul Hakim ).
Tag : Psikologi
1 Komentar untuk "Teori Kecerdasan Telah Wujud Dalam Islam"

assalamualaikum. minta izin utk btanya.. rujukan ke 2 tu buku dari penerbit mana ye? terima kasih

Back To Top