Hari Ini Sudah Berselawat

Cara Yang Betul Menjemput Rezeki

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Rata-rata masyarakat kita termasuk saya sendiri sering fokus kepada duit apabila kita menyebut tentang rezeki.

Walaupun kita tidak boleh menafikan bahawa duit banyak membantu kita menyelesaikan masalah dan memberi keselesaan.

Cara Yang Betul Menjemput Rezeki


Namun, ia juga boleh memberi kita kemudharatan sekiranya kita tidak pandai mengurus dan cara kita mendapatkan duit tersebut dari jalan yang salah.

Cara Yang Betul Menjemput Rezeki

Hari ini saya ingin berkongsi cara yang betul menjemput rezeki agar ia membawa keberkatan dalam hidup kita. Sebenarnya ada 9 Cara Pantas Untuk Seru Rezeki.

Cara yang betul menjemput rezeki adalah dengan melakukan apa sahaja pekerjaan, asalkan pekerjaan yang kita itu lakukan mestilah berlandaskan syariat Islam.

Elakkan perkara haram seperti mencuri, rasuah, mencuri masa, tidak meninggalkan tuntutan agama yang wajib seperti solat 5 waktu dan sebagainya.

Sebelum itu, kita perlu faham dua konsep rezeki terlebih dahulu. Perkara itu adalah rezeki bukan semata-mata duit dan rezeki tidak pernah salah alamat.

Rezeki bukan semata-mata duit


Sedarkah kita bahawa hakikat 'rezeki itu duit' memang salah kerana rezeki adalah anugerah Allah SWT yang diberikan kepada kita dalam pelbagai bentuk dan skopnya amat meluas.

Duit hanyalah salah satu bentuk rezeki yang kita dapat lihat secara langsung dan ia hanyalah nikmat Allah SWT yang kecil.

Banyak lagi rezeki yang sentiasa kita nikmati secara sedar atau tidak. Contoh yang boleh saya berikan di sini adalah:

  • Nyawa yang Allah SWT berikan setiap hari adalah rezeki
  • Udara yang kita hirup adalah rezeki
  • Mata yang memandang, telinga yang mendengar dan hidung yang menghidu adalah rezeki
  • Tangan dan kaki yang dapat bergerak adalah rezeki
  • Kita dapat hidup dengan aman juga adalah rezeki.

Kalau hendak menghitung rezeki yang kita sering guna dan nikmati, pasti tidak mampu untuk melakukannya kerana ia terlalu banyak.

Rezeki tidak pernah salah alamat


Mungkin di luar sana yang sering berdepan dengan masalah kewangan sehingga menyebabkan kita mengeluh kenapa kita tidak ada rezeki.

Sedangkan rezeki bagi setiap diri kita telah dijanjikan oleh Allah SWT. Ia sesuai dengan masa, tempat dan nilainya. 

Kita perlu yakin bahawa rezeki adalah milik Allah SWT dan buka daripada makhluk. Makhluk hanyalah perantara sahaja.

Dalam dunia, kita sering bertanya beberapa soalan yang bermain di minda:

Kenapa majoriti dari kita asyik mengeluh rezeki lambat sampai?
Kenapa terasa amat perit dan sukar untuk mencari rezeki?
Hanya orang tertentu sahajakah yang boleh tenang, bahagia dan kaya?
Kenapa orang lain mudah sangat jadi kaya tetapi kita sukar?

Allah SWT berkuasa memberikan kita rezeki yang banyak dalam sekelip mata sahaja. Namun, Dia juga berkuasa untuk menarik kembali rezekinya dalam sekelip mata sahaja.

Jadi jika kita tahu siapa pemilik rezeki ini maka kita tahu kepada siapa kita perlu minta. Dengan kata lain bagaiman kita boleh menjemput rezeki datang kepada kita?

Untuk mengetahui secara terperinci cara yang betul menjemput rezeki dan 9 Cara Pantas Untuk Seru Rezeki usah tunggu lagi dapatkan segera ebook:

Semoga kita beroleh rezeki yang berkat.

14 Komentar untuk "Cara Yang Betul Menjemput Rezeki"

kena letakkan keyakinan dan tawakkal kepada Allah, selain usaha untuk dapatkan rezeki..

rezeki mana2... rajin dgn tak jer

semoga rezeki menjadi milik kita.. yang penting tidak berputus asa untuk terus berdoa dan berusaha untuk mendapatkannya..

cara pengurusan tu penting kemudian ..semoga rezeki yang halal kita perolehi :)

terima kasih kerana sudi meberi rezeki (ilmu ) ini pada kathy..

I just couldn't go awаy your site prior to suggesting
that I extremely loved the standard info an indÑ–vidual provide to your
visіtors? Is going to be back ceaselessly in order to investigatе cross-check nеw posts

My web site: weight loss surgery new orleans

salam jumaat.. semoga dirahmati oleh Allah selalu.. :D

syukur masih diberi rezeki yg paling utama sehingga hari ini.. masih bernyawa..=)

Back To Top