Hari Ini Sudah Berselawat

Menjemput & Mencari Rezeki

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Setelah saya membeli dan membaca buku Mudahnya Menjemput Rezeki tulisan Ustaz Fathuri Salehuddin, persepsi saya berubah tentang rezeki.

Sebelum ini saya ingatkan mencari rezeki dan menjemput rezeki adalah sama sahajat tetapi tanggapan saya salah sama sekali.

Mudahnya Menjemput Rezeki


Pengisian buku Mudahnya Menjemput Rezeki cukup bagus sekali. Ia memberi saya penjelasan yang mantap tentang rezeki.

Suatu perkara yang lebih menarik lagi ialah kaedah menjemput rezeki adalah lebih  mudah berbanding Mencari rezeki.

Untuk memperolehi rezeki yang berlipat ganda kita perlu gabungkan kaedah Mudahnya Menjemput Rezeki dan juga mencari rezeki.

Menjemput & Mencari Rezeki


Saya percaya, ramai yang pernah melihat situasi sekumpulan semut sedang mengerumuni gula yang tertumpah di atas lantai.

Kita sendiri tidak sedar bila masa datangnya semut-semut tersebut. Semut-semut itu datang dengan sendirinya tanpa dipanggil. 

Apakah kaitan semut dengan Mudahnya Menjemput Rezeki dan mencari rezeki? 

Begini, semut itu ibarat rezeki. Gula atau manisan pula umpama keadaan diri manusia. Jika kita hendak semut datang kepada sesuatu tempat, kita perlu sediakan manisan atau gula. Maka mudahlah semut datang.

Dalam erti kata yang lain, apabila ada sesuatu perkara yang disukai oleh semut, cepat sekali sekumpulan semut datang berkumpul seoalah-oleh dijemput.

Begitu juga dengan rezeki yang dimiliki oleh Allah SWT. Rezeki itu mudah datang kepada kita sekiranya ia sukakan kita.

Tetapi bagaimana hendak mengetahui keadaan yang membuatkan kita disukai oleh rezeki atau tidak? Jawapannya mudah sahaja.

Rezeki itu milik Allah SWT yang Maha Kaya dan ia juga makhluk Allah. Ia suka kepada perkara yang Allah SWT suka.

Perbuatan yang disukai Allah SWT bukan setakat melakukan ibadah solat lima waktu, berzikir, membaca Al-Quran sahaja, tetapi ia merangkumi keseluruhan cara hidup kita.

Bila mana kita mampu melakukan apa yang disukai Allah SWT, maka mudahlah kita menjemput rezeki. Insya Allah.

Mencari rezeki pula ialah perbuatan kita mencari  nafkah seperti bekerja sebagai penoreh getah, penjawat awam, pemandu dan sebagainya.

Kalau kita hanya berusaha dengan bersungguh-sungguh mencari rezeki, Insya Allah kita boleh dapatkan rezeki itu tetapi jika dapat menggabungkan dengan kaedah menjemput rezeki hasilnya lebih hebat.

Untuk mengetahui sistem mejemput rezeki dengan lebih terperinci, boleh download segera:


6 Komentar untuk " Menjemput & Mencari Rezeki"

amalkan solat dhuha..=)

mama husna ada satu copy..husna belum sempat baca lagi..

terima kasih atas nasihat..

baguslah nanti boleh baca.

stuju ngan husna zahidi.. banyak amalan untuk murah rezeki. antaranya bersedekah, solat dhuha, dan sebagainya..

betul itu...nak tahu dengan lebih detail boleh rujuk buku dan ebook yang dinyatakan

cik tom pun baca buku ni..memang best & patutu dimiliki :)

Back To Top