Hari Ini Sudah Berselawat

Mayat Pelajar Lelaki Mati Tergantung

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Sedang asyik melayari internet, tiba-tiba terjumpa satu berita tergempar yang belaku dalam negara kita iaitu di negeri Kelantan.
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini!

Berita kematian seorang pelajar sekolah tahfiz yang ditemui mati dalam keadaan tergantung dalam sebuah tandas di sekolahnya.

Kejadian membunuh diri amat dilarang dalam Islam. Namun ia semakin menular dalam negara kita. Semoga Allah SWT memelihara kita semua.



KOTA BHARU - Misteri bau busuk dalam tandas asrama di sebuah sekolah di Kok Lanas pagi semalam, terbongkar apabila penyelia asrama terbabit, menemui mayat seorang pelajar dalam keadaan tergantung dengan kain pelekat dalam tandas yang terkunci.

Penyelia terbabit, Zul Atfi Mohamad, 37, berkata, sebagai rutin setiap pagi dia melakukan pemeriksaan bersama pengetua sekolah bagi meninjau setiap keadaan kawasan sekitar sebelum pelajar memulakan kelas al-Quran pada setiap pagi selepas bermulanya cuti sekolah awal Disember lalu.

Menurutnya, hanya apabila sampai di kawasan bilik air di tingkat bawah, dia tercium bau yang amat busuk dan mendapati pintu salah sebuah tandas dalam bilik air asrama terkunci dari dalam.

“Curiga dengan keadaan itu, saya mengambil kerusi yang berada di luar dan cuba memanjatnya bagi meninjau keadaan dari dalam tandas yang terkunci itu.

“Ketika saya memanjat dinding bilik air berdekatan dengan siling tandas, saya mendapati mayat seorang lelaki separuh bogel dengan hanya memakai baju dan jaket manakala lehernya diikat dengan kain pelekat tergantung dalam tandas dan terdapat kesan darah dan najis di lantai bilik air itu," katanya.

Kata Zul Atfi lagi, sebelum ini sepanjang lima hari bertugas di situ, dia turut melakukan pemeriksaan di seluruh kawasan termasuk di bilik air ini hampir setiap hari bermula Selasa lalu, namun tidak pula tercium bau
busuk.
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini!

“Apa pun pihak sekolah menyerahkan kes ini kepada polis untuk tindakan lanjut bagi mengenal pasti identiti mangsa," katanya.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, sehingga ini pihaknya sudah mengenal pasti mayat mangsa dan hasil semakan yang dibuat melalui pengetua sekolah itu, mendapati salah seorang pelajar lelaki yang berusia 16 tahun tidak pulang ke rumah.

“Pihak sekolah telah menghubungi keluarga mangsa dan difahamkan pelajar itu tidak pulang ke kampungnya di Pasir Mas, selepas cuti bermula pada 7 Disember lalu,” katanya.

Berdasarkan pengecaman yang dilakukan oleh kedua-dua ibu bapa mangsa, mereka sudah mengenal pasti dan mengecam pakaian serta cermin mata yang dijumpai di tempat kejadian.

“Dari hasil siasatan terhadap mayatnya, pelajar itu sudah tiga hari berada dalam keadaan demikian. Melalui pengamatan yang dijalankan, kejadian terbabit tiada kaitan dengan unsur jenayah dan kes diklafikasikan sebagai kematian mengejut," katanya.

Berita penuhnya di Sinar Harian Online.



11 Komentar untuk "Mayat Pelajar Lelaki Mati Tergantung"

I am actually happy to read this webpage posts which consists of tons
of helpful information, thanks for providing these information.



My page affordable web hosting for small business

macam-macam perkara berlaku sekarang ini...

menabung churp2

er, tak tau pulak nak komen apa.
ya, semoga Allah memelihara kita semua. jauh kan lah dari perkara sebegini. huhu

macam pelik jer..tak kan la sebelum bau busuk tu xde org dpt kesan yg dya hilang..musykil sekejap..

semoga kita semua mati dalam keadaan yang baik..

speechless...smoga kita semua dijauhi dr keadaan kematian camni..

Back To Top