Hari Ini Sudah Berselawat

Tragis, Kanak-Kanak Diikat Tangan Kaki Di Rumah Pengasuh.

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Pagi tadi, saya terbaca headline sinar harian online satu berita yang cukup tragis. Ia berkenaan dengan seorang kanak-kanak yang diikat tangan dan kaki oleh pengasuhnya di Kepala Batas, Pulau Pinang. 

Kanak-kanak ini baru berusia empat tahun.diikat oleh pengasuhnya. Kalau dilihat di dalam gambar, dia hanya dipakaikan dengan pampers tanpa baju dan seluar.

Tragis, Kanak-Kanak Diikat Tangan Kaki Di Rumah Pengasuh.


Kejadian ini dilihat sendiri oleh ibunya setelah membuat pemeriksaan pengejut ke rumah pengasuh. Menurut beliau, sejak akhir-akhir ini beliau rasa tidak sedap hati dan mengesyaki sesuatu yang kurang menyenangkan sedang berlaku kepada anaknya di rumah pengasuh. Anaknya dilihat sering lapar selepas balik daripada rumah pengasuh.

Berita penuh adalah dirujuk daripada akhbar sinarharian online.



Kanak-kanak lelaki yang ditemui ibunya di rumah pengasuh dalam keadaan kaki dan tangannya diikat, semalam.

KEPALA BATAS - Seorang ibu terkejut mendapati anak lelakinya yang berusia empat tahun terbaring di lantai rumah pengasuhnya di  Taman Seri Pinang, di sini, hari ini, dengan tangan dan kakinya diikat. Kejadian itu disedari ketika wanita itu membuat 'pemeriksaan mengejut' di rumah pengasuh itu. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim berkata, polis menahan pengasuh berusia 39 tahun itu selepas menerima laporan wanita itu, seorang pekerja kilang.Dia direman sehingga esok bagi membantu siasatan.
Ketika kejadian, hanya anak pengasuh berumur kira-kira 11 tahun berada di rumah itu.Menurut sumber, kanak-kanak itu dijaga pengasuh tersebut sejak Jun tahun lalu.“Sebelum ini, tiada masalah berlaku membabitkan anaknya.“Namun, sejak akhir-akhir ini, ibu mangsa mendapati anaknya itu sentiasa dalam keadaan lapar dan mengambil keputusan untuk melihat sendiri keadaan anaknya ketika di rumah pengasuh tersebut,” katanya.Menurut sumber itu lagi, kanak-kanak itu diikat kerana didakwa nakal.


Pandangan peribadi,


Saya tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak kerana kita tidak tahu apakah perkara yang sebenar yang berlaku.

Namun, tindakan mengikat kaki dan tangan kanak-kanak sedemikian rupa rasanya tidak sesuai dengan kanak-kanak yang masih kecil.

Saya faham, kanak-kanak yang seusia ini memang aktif. Tapi kita perlu belajar untuk mendidik dia sesuai dengan umurnya.

Adakah manusia akhir zaman ini sudah hilang peri kemanusiaan?



Tag : isu semasa
2 Komentar untuk "Tragis, Kanak-Kanak Diikat Tangan Kaki Di Rumah Pengasuh."

Kalau manusia dan seorang ibu dia takkan sanggup buat macam ni

Back To Top