Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillah,
Ini adalah entry pertama untuk blog Notamengajarbelajar. Terima kasih kepada admin yang sudi memberi ruang dan peluang untuk saya menulis disini.
Supaya tidak lari dari tema blog ini saya suka untuk menulis tentang buku. Ia cerita tentang buku-buku yang saya miliki.
Bukan nak tunjuk saya punya banyak buku.
Bukan juga sebab saya suka membaca.
Tetapi sekadar ingin berkongsi apa yang saya suka. Supaya memberi sendikit motivasi dan inspirasi untuk anda turut sama suka apa yang saya suka.
Ia tiada paksaan. Kerana kita semua berhak untuk suka apa sahaja berlandaskan hukum-hukum Islam yang diajar oleh junjungan Nabi Muhammad S.A.W.
Saya berdoa supaya apa yang saya tulis hanya kerana Dia. Kerana sebetulnya kita tidak punya apa-apa melainkan kudrat dan ilmu Allah S.W.T. semata-mata.
Dialah segala-galanya.
Sirah Nabawiyyah - Insan Teladan Sepanjang Zaman.
Buku pertama yang ingin saya ceritakan adalah buku sejarah yang bertajuk Sirah Nabawiyyah - Insan Teladan Sepanjang Zaman.
Buku ini adalah hasil karya Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Sedikit maklumat berkenaan Tuan Guru. Beliau dilahirkan pada tahun 1931 di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu Kelantan Darul Naim. Mendapat pendidikan awal pelajaran di Madarasah Ittifaqiah di Jertih, Terengganu. Setelah tamat pendidikan peringkat menengah beliau melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi di Deoband Darul Ulum, India pada tahun 1952 dalam bidang Pengajian Islam. Kemudian melanjutkan pelajar ke Universiti Al-Azhar, Mesir sehingga memperolehi Ijazah pertama dan M.A (Undang-undang Islam) pada tahun 1962.
Sipnopsis buku Sirah Nabawiyyah
Suka saya memetik sipnopsis dibelakang sebagai rujukan anda:
"Nabi Muhammad S.A.W. dilahirkan pada tahun 571 Masehi melalui perkahwinan Aminah dengan Abdullah bin Abdul Mutallib bin Hasyim. Baginda adalah keturunan Nabi Ismail A.S. bin Nabi Ibrahim A.S. Nabi Muhammad S.A.W. adalah insan termulia melebihi seluruh makhluk-makhluk Allah SWT. Sebab itu Rasulullah (Nai Muhammad S.A.W.) bergelar "Rahmatuan Lil'Alamin' ertinya "Rahmat bagi seluruh alam."
"Rasulullah diberikan kitab Al Quran, diutuskan oleh Allah untuk seluruh bangsa di dunia ini. Seperti Nabi-nabi atau Rasul-Rasul Allah terdahulu baginda pun mengajar dan menyeru manusia supaya menyembah Allah. Nabi Muhammad S.A.W. adalah penutup dari sekalian Nabi dan Rasul. Agama Allah yang diwahyukan semenjak Nabi Adam secara bertahap-tahap lagi teratur dilengkapi dan disempurnakan Allah pada kenabian Muhammad S.A.W. Sebab itu tidak akan ada lagi Nabi dan wahyu sesudah baginda."
"Buku ini cuba mengupas sirah hayat Rasulullah bermula dari pelantikan baginda sebagai rasul, mukjizat-mukjizat yang membuktikan kerasulan baginda serta penentangan terhadap dakwah Rasulullah S.A.W. yang bertali arus sehingga dapat menubuhkan sebuah negara Madinah yang mementingkan hak muslim dan bukan muslim dijamin dalam sebuah perlembagaan."
Isi Kandungan Buku Sirah Nabawiyyah
Buku terbitan NUFAIR STREET SDN BHD ini adalah edisi diperbaharui dari buku sebelum ini. Ia mengandungi 156 artikel dari pelbagai sudut sejarah Nabi.
Antara 36 tajuk isi kandungan buku tersebut adalah:
- Keperluan sirah Nabawiyyah untuk memahami Islam
- Peranan taufiqdalam kehidupan Nabi s.a.w.
- Nabi s.a.w. adalah perlembagaan yang bergerak.
- Sirah: Sumber ketepatna dalam pentafsiran.
- Nabi amat berminat mendidik manusia
- Keadilan dan kemanusiaan di dalam peperangan
- Sirah Nabawiyyah sebagai paksi sejarah dunia
- Kebejatan jahiliyyah dan keindahan Islam
- Pengumpulan sejarah melalui disiplin yang ketat
- Kemunculan ilmu Mustolah al-Hadith
- Urwah bin Zubir penulis sirah yang pertama
- Penjajah larikan manuskrip sirah yang pertama
- Keunikan tulisan tanpa tanda titik
- Hanya Islam yang memiliki ilmu "Asma-ur Rijal"
- Cara ilmiah untuk menulis sirah Nabi
- Keakraban Nabi dan umatnya melalui solat
- Sirah Nabi s.a.w. bermula dari Nabi Ibrahim
- Penulisan bebas yang merosakkan sejarah
- Penjajah kuasai puast pengajian tinggi Islam
- Barat racuni umat Islam dengan sekularisme
- Munculnya golongan penulis upahan penjajah
- Penulis upahan seleweng fakta sejarah
- Orientalis tanam bibit perpecahan ummah
- Orientalis takwil peritiwa Israk Mikraj
- Terima dakyat Barat kerana dangkal ilmu
- Kenali Muhammad s.a.w. melalui kaedah yang betul
- Nabi tidak berkepentingan dalam melaksanakan tugas
- Antara peribadi Nabi s.a.w. danajarannya
- Nabi sedarkan manusia dari kesesatan
- Tanggungjawab umat terhadap Nabi s.a.w.
- Penentangan berterusan terhadap Nabi s.a.w.
- Merubah dunia dalam tempoh yang singkat
- Bangsa Arab dan negara sekitarnya sebelum Islam
- Tamadun kebendaan menyuburkan sifat tamak
- Arab jahiliah dengan fitrah semula jadi
- Jazirah Arab di antara dua tamadun yang condong
Menurut pengarang Sejarah Nabi Muhammad S.A.W. dikisahkan supaya menjadi medium untuk mengumpul seberapa banyak sumber maklumat dan pengajaran Islam, sama ada masalah yang berhubung dengan akhidah, hukum-hukam atau yang berhubung kait dengan akhlak yang dikenali sebagai budaya murni dalam kehidupan manusia yang berterusan.
Buku ini membuka minda dengan kupasan yang terperinci dan mendalam yang dikaitkan dengan isu semasa masyarakat sekarang. Ia memberi penjelasan berkaitan setiap sirah dengna kehidupan kita.
Semoga dengan mempelajari sejarah Nabi s.a.w. dapat mendekatkan diri kita dengan Allah s.w.t.
0 Komentar untuk "Review Buku Sirah Nabawiyyah Insan Teladan Sepanjang Zaman Tuan Guru Nik Aziz bin Nik Mat"