Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillah.
Buku kedua yang ingin saya dikisahkan bertajuk "Pemikiran Etika Hamka" yang ditulis oleh Prof. Madaya Dr. Abdul Rahman Abdul Aziz.
Buku ini adalah siri pengajian dan pendidikan yang diterbitkan oleh Utusan Publication & Distributors SDN BHD pada tahun 2002.
Ia mengupas karya-karya Hamka yang merupakan seorang punjangga cenderung ke arah pemikiran mistik atau tasawuf.
Review Buku Pemikiran Etika Hamka
Dalam buku ini, penulis melihat Hamka lebih menggunakan pendekatan Al-Ghazali iaitu pemikiran etika atau istilah lain iaitu budi.
Penulis juga mengkaji hasil tulis Hamka dan mendapati karya sastera tokoh tersebut bukan suatu yang sengaja dicipta atas dorongan estetika semata-mata, tetapi karya sastera yang beliau hasilkan adalah cernaan dari penghayatan Islam.
Penulis juga menemui bahawa Hamka adalah ulamaIslam yang telah sebatikan ilmu Islamnya dengan pemikiran ahli-ahli fikir lain.
Tujuannya...
Adalah untuk menarik minat dan perhatian masyarakat yang cenderung ke arah pemikiran rasionlisme.
Oleh itu,
Hamka cuba untuk rasionalkan dalam tiap-tiap sesuatu persoalan hidup yang beliau bicarakan.
Penulis juga merekodkan satu doktrin falsafah etika Hamka seperti kata-kata beliau:
Dapatkan Buku Pak Hamka Di Bookcafe Dot Com
Karya Magnum Opus (Masterpiece) Buya Hamka
"Falsafah sebagai penjelasan hidup,
Kesusasteraan sebagai nyanyian hidup,
Kesinian sebagai perhiasan hidup,
Tasawuf sebagai intisari hidup,
dan ibadat sebagai pegangan hidup"
Kata kata Hikmah Hamka |
Banyak Kata kata hikmah Hamka yang memberi semangat dan motivasi untuk meneruskan hidup yang penuh dengan liku-liku.
Sinopsis Buku Pemikiran Etika Hamka
Terdapat sipnopsi yang saya salin dari kulit belakang buku ini sebagai penerangan ringkas dan panduan berkenaan kajian yang dibuat oleh PROF. Madya Dr. Abdul Rahman Abdul Aziz bagi menggambarkan keseluruhan buku tersebut.
Karya sastera Hamka bukan suatu yang sengaja dicipta atas dorongan estetika, tetapi karya sastera yang dihasilkan merupakan cernaan daripada penghayatan Islam. Hamka pernah disebut sebagai ulama inteletual iaitu ulama Islam yang telah mensebatikan ilmu Islamnya dengan pemikiran ahli-ahlifikirbesar Islam dan Barat.
Tujuan Hamka melakukan ini ialah untuk menarik minat dan perhatian masyarakatnya yang cenderung ke arah pemikiran rasional. Lantaran itu, Hamka cuba untuk merasionalisasikan tiap sesuatu persolan hidup yang dibicarakan.
Dasar utama pembincangan Hamka berkisar tentang kesederhanaan hidup. Kesederhanaan hidup menurut pandangan Hamka adalah mengenai kesucian jiwa iaitu sebagai permata gemerlap yang menerangi jalan hidup manusia.
Bahan utama yang digunakan dalamperbincangan keseluruhannya dibahagikan kepada dua bahagian iaitu karya-karya sastera Hamka dan karya-karya ilmu Hamka. Karya-karya sastera Hamka ialah Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck (1938), Tuan Direktur (1940), Merantau Ke Deli (1939), Di Bawah Lindungan Ka'abah (1937), Keadilan Ilahi (1939), Menunggu Beduk Berbunyi (1949), Di Dalam Lembah Kehidupan (1939), Cermin Penghidupan dan Kerana Fitnah, Manakala karya ilmu Hamka pula ialah Tasauf Moden, Falsafah Hidup, Lembaga Hidup dan Lembaga Budi.
Isi Kandungan Buku Pemikiran Etika Hamka
Buku ini mempunyai isi kandungan Enam bab kesemunya:
Pengenalan
Bab 1 - Hamka sebagai sasterawan dan Ulama
- Biografi Hamka
- Kedudukan Hamka Sebagai Sasterawan
- Kedudukan Hamka Sebagai Ulama
- Cita-cita Hamka untuk Daulah Islamiah di Indonesia
- Karya Cereka Sebagai Wadah Untuk Memperkatakan Islam
- Hamka dan Majlis Ulama Indonesia
- Hamka dan Majlis Ulama Indonesia
- Penilaian terhadap Peranan Hamka Sebagai Sasterawan dan Ulama
- Penutup
Bab 2 - Persoalan Etika DAlam Karya Sastera Hamka
- Konsep Etika
- Aliran Pemikiran Etika
- Peranan Etika Dalam Kehidupan Insan
- Pemikiran Etika Dalam Karya Sastera Hamka
- Analisis Watak
- Analisis Peristiwa
- Penutup
Bab 3 - Analisis Kata, Idea dan Ungkapan Sebagai Dasar Etika
- Kata, Idea dan Ungkapan Serta Hubungannya dengan Karya Sastera Hamka
- Hubungan Karya Ilmu dengan Karya Sastera Hamka
- Hubungan Bahasa dengan Etika Seperti yang Terlihat dalam Karya Sastera Hamka
- Analisis Kata - kata
- Analisis Idea
- Analisis Ungkapan
- Hubungan Kata, Idea dan Ungkapan antara Karya Ilmu dengan Karya Sastera Hamka
- Penutup
Bab 4 - Pembinaan Falsafah Etika Hamka
- ADat
- Pengahayatan Islam
- Cinta
- Kejiranan
- Ulasan terhadap Pemikiran Tentang Adat, Cinta, Penghayatan Islam dan Kejiranan
Bab 5 - Manusia Beretika pada Pandangan Hamka
- Pengkategorian Kehidupan Manusia
- Kualiti Hidup Manusia Beretika pada Pandangan Hamka
- Penutup
Bab 6 -
- Penutup
- Bibliografi
- Biodata Penulis
Siapa Prof. Madya Dato' Dr. Abdul Rahman Abdul Aziz?
- Bertugas sebagai Pensyarah di Sekolah Pembangunan Sosial, Universiti Utara Malaysia (UUM) dalam bidang Sosiologi - bermula tahun 1984.
- Sebelum itu, beliau merupakan Pensyarah di Pusat Pengajian Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia, Berkelulusan Sarjana Muda Sastera Kepujian (Sm.Sa.Kep. UKM), Master of Arts (M.A. Essex) dan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D. London).
- Beliau pernah menyandang jawatan sebagai Timbalan Dekan, Pengerusi Program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pembangunan (B.Dev. Mgt. Hons.)
- Di UUM - jawatan beliau adalah Timbalan Pengarah (Perundingan) di Pusat Penyelidikan dan Perundingan.
- Buku yang beliau pernah hasilkan adalah:
- Sosiologi Industri Suatu Pengenalan
- Motivasi dan Pembangunan Diri
- Asas Kemahiran Belajar
- Pekerjaan Dalam Kehidupan Manusia
- Kemahiran Sosial Asas
- Isu-isu Perpaduan Nasional
- Ismail Hussein Segugus Pandangan dan Harapan
- Nilai Orang Melayu
*Semoga dengan maklumat tentang buku ini dapat membantu anda yang ingin mengenali salah seorang Tokoh dan Ulama terkenal Nusantara - Hamka. InsyaAllah.
0 Komentar untuk "Review Buku Pemikiran Etika Hamka Oleh Abdul Rahman ABdul Aziz"