Hari Ini Sudah Berselawat

Cara Yang Betul Beristighfar Oleh Mufti Kedah Sheikh Baderuddin Hj Ahmad

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Hari ini sudah masuk fasa hujung bulan Syaaban. Mudah-mudahan Allah SWT memberi kita kesempatan untuk bertemu dengan bulan Ramadhan.


Kalau dalam bulan Rejab dan Syaaban, Rasulullah SAW menggalakkan kita menambahkan amalan ibadat, apatah lagi bulan Ramadhan.


Salah satu amalan yang amat dituntut adalah beristighfar.


Kenapa perlunya beristighfar? Nak tahu jawapan ada di bawah nanti.


Tapi, yang terlebih utama adalah kita betulkan cara beristighfar dahulu.

Mufti Kedah Sheikh Baderuddin Hj Ahmad

Cara Yang Betul Beristighfar Oleh Mufti Kedah





Menurut Sheikh , kita boleh beristighfar dengan cara:


1. Baca tanpa waqaf

Astaghfirullahal'azim Allazi Lailahaillahuawal Hayyul Qayyum Waatu Builaih

2. Baca dengan waqaf

Astaghfirullahal'azim ,
Allazi Lailahaillahuawal Hayyul Qayyum ,
Waatu Builaih

Kelebihan Beristighfar



Di antara sebab terpenting diturunkanNya rezeki ialah istighfar (memohon keampunan dari Allah) dan taubat kepada Allah.


Memperbanyak istighfar, memohon keampunan kepada Allah adalah salah satu cara untuk memperolehi rahmat dan diberi rezeki dari arah yang tidak di sangka-sangka.

Hadis Nabi s.a.w. bermaksud :

“ Barangsiapa tekun beristighfar, nescaya Allah mengadakan baginya jalan keluar dari tiap-tiap kesempitan serta diberi rezeki dari arah yang tidak di sangka-sangka.”
(H.R. Abu Dawud, Nasa’i, Ibnu Majah dan Hakim)

Allah akan mengampunkan kesalahan kita sebagaimana firman Allah bermaksud,


 “Mohonlah ampun kepada Tuhan mu, sesungguhnya Dia Maha Pengampun.”
(Nuh: 10) 

Dalam Al-Quran, terdapat nas yang menunjukkan bahawa dengan istighfar dan bertaubat kepada Allah, termasuk diantara sebab-sebab diturunkan rezeki dan dikurniakan rahmat Allah.

Dalam Al-Quran terdapat petikan kata-kata Nabi Nuh kepada kaumnya:

“Maka aku katakan kepada mereka. ‘Mohonlah ampun kepada Tuhanmu’, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat dan membanyakkan harta dan anak-anakmu dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai’.”
(Nuh: 10-12) 


Maka selalulah beristighfar dan bertaubat kerana ini merupakan antara sebab murahnya rezeki kita, berkatnya harta kita dan makbulnya doa doa kita kerana kita telah meminta ampun dari Allah dan InsyaAllah, Allah yang sifatnya Maha Pemurah akan mengurniakan permintaan dan memakbulkan doa kita kita. Janganlah jemu-jemu beristighfar.


Ada hadis mengatakan bahawa Rasulullah beristighfar sebanyak sekurang-kurangnya 70 kali sehari.

Maksudnya : “Bersabda Nabi s.a.w. : “Alangkah beruntungnya sesiapa yang mendapati di dalam lembarannya (amalannya), bahawa amal istighfar (nya) begitu banyak.”
(Hadis riwayat Ibnu Majah).

Aisyah berkata, “Beruntunglah, orang-orang yang menemukan istighfar yang banyak pada setiap lembar catatan harian amal mereka.”
(HR.Bukhari). 

Hadis di atas jelas menunjukkan bahawa mereka yang sering mengamalkan istighfar akan mendapat keuntungan kerana، besarnya kelebihan yang terdapat dalam lafaz istighfar.


Keuntungan ini merupakan rahmat Allah Subhanahu wa Ta‘ala kepada hamba-hambaNya serta ganjaran atas ketaatan mereka kepadaNya


Dapatkan panduan lengkap dan berkesan untuk meraih rezeki --->>> 111 Formula Rezeki Melimpah Ruah
1 Komentar untuk "Cara Yang Betul Beristighfar Oleh Mufti Kedah Sheikh Baderuddin Hj Ahmad"

Harap ejaan diperbetulkan.
"Huawal" kpd "huwal"

Back To Top