Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera
Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak.
Jangan lupa dapatkn panduan 111 Formula Tarik Rezeki Melimpah.
للَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Alhamdulillah, tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan menyambut bulan penuh keberkatan iaitu Ramadhan.
Oleh yang sedemikian, persediaan untuk menghadapi bulan Ramadhan al mubarak memang penting.
Biarpun hal ini diulang-ulang setiap tahun tapi ia tidak rugi pun. Bak kata orang putih
Repetition is mother of knowledge
Mudah-mudahan dengan persediaan yang kita buat untuk menghadapi ramadhan.
Baik.
Cuba baca tajuk post ini sekali lagi.
Ustaz Syed Kata Persiapan Bulan Ramadhan Yang Utama Beli Baju Raya
Ya.
Inilah persiapan yang disarankan oleh Ustaz Syed Norhisyam Al-Idrus sebelum masuk bulan Ramadhan.
Beli baju raya dahulu.
Ini bukan senda gurauan. Tetapi ia adalah amalan terpuji.
Meskipun ramai orang akan kata apalah kamu ni, belum puasa sudah ingat baju raya.
Biarlah mereka nak kata apa.
Tujuan asal Ustaz Syed Norhisyam adalah supaya kita pandai mengurus masa.
Bila masuk bulan Ramadhan, tidak lah amalan ibadah kita terngganggu dengan kesibukan membeli-belah.
Tambahan lagi, di penghujung bulan Ramadhan.
Rugilah kita kalau ganjaran pahala yang besar yang ditawarkan oleh Allah SWT dalam bulan Ramadhan disia-siakan dengan membeli baju raya.
Persiapan Lain
Pesiapan lain yang perlu kita ambil perhatian adalah ilmu.
Maklumlah, puasa Ramadhan hanya sekali setahun.
Mungkin ada yang terlupa dari segi syarat sah, batal, perkara yang diharamkan dan lain-lain hal yang berkaitan dengan puasa.
Berkaitan dengan tajuk di atas, saya amat cadangkan anda melihat sendiri isi kandungannya menerusi video di bawah ini.
Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak.
Jangan lupa dapatkn panduan 111 Formula Tarik Rezeki Melimpah.
Tag :
Tarik Rezeki,
Tip Pelbagai
2 Komentar untuk "Ustaz Syed Kata Persiapan Bulan Ramadhan Yang Utama Adalah Beli Baju Raya"
nice sharing
terima kasih