Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera
Anda tebuk di bahagian belakang botol pelastik seperti yang ditunjukkan dalam gambar dibawah ini.
Sudah siap. Gambar dibawah menujukkan nama alat ini.
Gambar ini menunjukkan bagaimana ia digunakan.
Ketika saya mengemas barang-barang untuk dibawa balik ke bilik tempat kerja saya, tiba-tiba saya mendapat panggilan telefon daripada pihak library Politeknik Seberang Perai.
" Tahniah kerana encik telah berjaya memenangi hadiah pertama pertandingan transformasi diri", kata pemanggil itu.
Saya terpinga-pinga juga setelah mendengar kata-kata itu. Beberapa saat kemudian , baru saya ingat yang saya ada menyertai pertandingan Transformasi Diri.
Program ini bertujuan untuk menggalakkan kita semua menggunakan barang terpakai degnan sebaik mungkin. Bukannya dibuang dengan begitu sahaja.
Syarat penyertaan pertandingan ini adalah, peserta dikehendaki merekancipta suatu produk/alat dengan menggunakan bahan-bahan terpakai sempena kempen bumi hijau.
Saya bukanlah kreatif dan pandai sangat, tetapi saya minat buat produk yang mnggunakan bahan-bahan terpakai.
Pertandingan ini menarik minat saya untuk menyertainya, tetapi berhari-hari juga saya fikir apa yang mahu dibuat.
Akhirnya saya mendapat satu idea untuk mencipa suatu produk yang saya namakan sebagai Smart Charger Place. Anda ingin tahu bagaimana saya buat? Boleh ikut langkah demi langkah yang saya telah lakukan.
Cara membuat Smart Charger Place
Bahan-bahan yang digunakan adalah :
- Gunting,
- Gam
- Kertas pembalut
- Botol pelastik
Bahan-bahan yang digunakan |
Cara membuat:
Anda perlu potong botol pelasting seperti yang ditunjukkan dalam gambarajah dibawah ini dan kemudian balut dengan sehelai kertas.
Pembalut itu ikut kesukaan anda. Kalau anda tidak mahu membalut bool plastik yang sudah dipotong pun tidak mmengapa.
Botol pelastik siap dipotong dan ditampal |
Sudah siap. Gambar dibawah menujukkan nama alat ini.
Gambar ini menunjukkan bagaimana ia digunakan.
Seeloknya, botol yang dipilih pastikan ia muat untuk meletakkan plug pengecas. |
Kegunaannya untuk cas tablet |
|
Kelebihan Smart Charger Place ini adalah, ia boleh digunakan untuk cas bateri smartphone, tablet, ipad dan telefon biasa di mana-mana tempat yang ada sumber bekalan elektrik sama ada di tempat tinggi atau rendah.
Menurut pengadil pertandingan, alat yang saya reka ini memang simple tetapi kegunaanya yang menambat hati juri.
Semoga perkongsian ini memberikan anda idea untuk membuat DIY bahan-bahan terpakai di rumah atau tempat kerja. Saya yakin, anda juga mampu membuatnya.
Tag :
Berfikir
0 Komentar untuk "Menang Hadiah Pertama Smart Charger Place"