Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini!
Sudah tersebar dengan pantas di internet tentang isu isu prpgram pegang anjing atau I Want To Toch A Dog. Kebanyakkan komen yang saya dengar dan baca adalah mengutuk sekeras-keras orang yang terlibat dalam program ini.
Ya, saya sendiri tidak mengatakan yang saya menyokong 100% program ini dianjurkan. Namun, saya rasa pelik sangat setelah mengetahui program ini dianjurkan oleh seorang muslim. Tambahan lagi, orang yang terlibat dalam program ini adalah seorang ustaz yang terkenal juga.
Beliau ini dikatakan sebagai penganjur program |
Isu ini memang sensitif terutamanya bagi kita umat Islam. Tetapi saya teringat satu terjemahan ayat Al-Quran bahawa sebagai seorang Islam, kita memang tidak boleh cepat melatah dalam menuduh atau menghukum.
"Wahai orang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidiklah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menampakkan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan." (Surah al-Hujurat, ayat 6)
Berhubung dengan ayat di atas, pada saya janganlah kita terus menuduh membabi buta Ustaz Iqbal ini kerana beliau sendiri tidak SETUJU dengan aksi peluk cium anjing ini kerana Islam melarang berbuat sedemikian.
Saya minta anda dengar dengan teliti penjelasan Ustaz Iqbal di bawah ini dan baca tulisan beliau dengan baik.
Video Penjelasan Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari Tentang Program I Want To Touch A Dog
Gambar mereka yang terlibat |
Penjelasan Bertulis Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari Tentang Program I Want To Touch A Dog
Alhamdulillah dan segala syukur untuk Allah SWT.
Cuaca sosial media pada ketika ini agak panas berhubung program "I Want To Touch a Dog", yang saya terlibat secara langsung di dalamnya untuk memberi perkongsian ilmu, setelah mendapat tahu program ini telah mendapat izin dari pihak MAIS.
Pada awalnya, penganjur program, Syed Azmi, menjemput saya untuk mengisi slot ilmu. Saya merasakan ini adalah peluang yang baik untuk menyampaikan mesej Islam kepada Muslim dan non-Muslim, dan alhamdulillah sehingga kini mereka masih menghubungi saya untuk bertanyakan perihal Islam dengan lebih lanjut.
Saya difahamkan bahawa tempat perkongsian ilmu diasingkan dari tempat anjing-anjing berkumpul.
Saya akui yang saya terlepas pandang bahawa program ini disalah tafsir malah diambilkesempatan oleh setengah pihak untuk menggalakkan masyarakat Melayu awambermesra-mesra dengan anjing tanpa sebab. Saya tidak pernah terfikir perkara ini boleh berlaku seolah-olah saya yang menggalakkannya.Saya memenuhi jemputan ini, dan menjelaskan kepada yang hadir mengenai hukum-hakam yang jelas menurut mazhab Syafi'e, seperti yang terdapat dalam fatwa JAKIM.Dibawah ini saya sertakan lampiran yang difotokopi sebanyak 500 helai dan diedarkan kepada mereka yang hadir.Saya ingin JELASKAN disini bahawa saya TIDAK BERSETUJU dengan aksi peluk,cium anjing yang dilakukan pada hari tersebut oleh peserta-peserta program.Saya juga jelas menerangkan,tidak dibenarkan menyentuh anjing tanpa sebab yangperlu.Saya terkilan kerana pihak media hanya menyebarkan sebahagian ucapan saya yangseolah-olah saya menyokong perbuatan tersebut, manakala bahagian hukum hakam tidak disebutkan oleh pihak media .Saya memohon maaf secara terbuka di atas segala kecelaruan dan kepincangan yang berlaku. Iktibar dan pelajaran yang berharga saya perolehi dari apa yang telah berlaku.Saya mengharapkan program ini pada masa hadapan dapat dilakukan dalam suasanayang lebih menghormati sensitiviti masyarakat setempat.Terima kasih di atas segala kritikan dan teguran yang membina. Saya yakin segalanya ada hikmah dari Allah. Semoga dengan pengalaman ini mematangkan lagi diri saya dalam liku-liku perjuangan dakwah.Mohd Iqbal Parjin aka Ustaz Iqbal Zain Al Jauhari
Kalau dilihat di dalam video dan penjelasan bertulis di atas memang beliau sendiri tidak bersetuju dan niat beliau adalah untuk menyampaikan ilmu. Jadi, saya rasa kita tidak perlu menuduh beliau lagi.
Dalam pada itu, memang ada ustaz-ustaz yang mengatakan ada agenda lain yang cuba diterapkan disebalik program ini iaitu Islam Liberal. Umpamanya pandangan Ustaz Ahmad Dusuik Abd Rani.
Tentang hukum memegang anjing, semua sedia maklum, bahawa ia merupakan najis mughalazah yang perlu di samak apabila menyentuhnya segaja atau tidak mengikut pandangan mazhab syafie, tetapi apakah agenda disebalik program yang digerakkan oleh Islam liberal itu? sengaja membangkitkan sensitiviti umat Islam? hanya semata2 utk mengajar supaya menyayangi binatang anjing itu? apakah agama yang indah ini mengajar agar ummat ini mengajar begitu? saya melihat ada agenda Islam liberal yang sedang dirancang utk merosakkan ummat ini.. pihak berkuasa, jika kalian tidak mengambil tindakkan kepada penganjur program ini, saya bimbang untuk masa depan ummat ini!! berbuatlah sesuatu agar mereka tercelik mata!!!
Hal yang dinyatakan oleh Ustaz Ahmad Dusuki tidak mustahil boleh berlaku. Oleh itu kita seharusnya berhati-hati dan bijak bertindak. Lebih baik kita mendidik diri dengan Ilmu Agama supaya kita bijak menangani isu-isu yang mendatang.
Ya Allah..selamatkanlah kami.
Tag :
isu semasa,
Video
9 Komentar untuk "Video Penjelasan Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari Tentang Program I Want To Touch A Dog"
Penjelasan yang sangat terperinci, terima kasih
Dah terlambat
saya dh tngok video dlm youtube... tp knapa ada org islam yg pegang2 anjing?? apa sebab dia pegang anjing... tidakkah ini dilarang??!!.. tnpa sbb...
,
saya dah tengok video dlm youtube... tp knape ada orang yang sengaja pegang pegang anjing tu?? bukankah ini dilarang kerana yang dibolehkan adalah ketika yang tertentu... mohon jawapan..
,
zxff
saya dah tengok video dlm youtube... tp knape ada orang yang sengaja pegang pegang anjing tu?? bukankah ini dilarang kerana yang dibolehkan adalah ketika yang tertentu... mohon jawapan..
saya dah tengok video dlm youtube... tp knape ada orang yang sengaja pegang pegang anjing tu?? bukankah ini dilarang kerana yang dibolehkan adalah ketika yang tertentu... mohon jawapan..