Hari Ini Sudah Berselawat

Saya Dihalang Update Blog

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Sejak minggu lepas saya dirundung keresahan kerana tidak dapat mengemaskini blog nota mengajarbelajar ini. Saya Dihalang Update Blog.

Siapa yang menghalang? Saya pun tidak pasti siapa yang halang. Apabila saya buka blog melalui enjin carian google keluar paparan mengatakan yang blog ini tidak didaftarkan. 

Saya cuba buka blog syukurnyasihat.com. Alhamdulillah boleh buka. Kemudian saya buka bahagian dashboard, blog nota mengajarbelajar memang ada tetapi semua pagewiew jadi kosong. ZERO.

Macam-macam saya fikir. Mengapalah saya dihalang update blog ini? Apalah salah saya? Adakah saya sudah tidak boleh lagi kembali menulis di blog ini.

blog anda di block oleh google google ad sense google addsense cara beriklan di google daftar blogger google google add sense cache website google browser google download
Access Denied

blog anda di block oleh google google ad sense google addsense cara beriklan di google daftar blogger google google add sense cache website google browser google download
Paparan dashboard blog notamengajarbelajar


Saya Dihalang Update Blog


Kenapa boleh jadi macam ini?

Rasanya, ramai yang sudah tahu bukan? Kalau masih belum tahu inilah akibatnya menggunakan hosting dan domain yang percuma. Blog yang kita bangunkan bukan milik kita tetapi milik Google. Ikut suka Google  apa dia ingin buat.

Mula-mula pening kepala juga. Tetapi Google bukanlah kejam sangat sebenarnya. Bukanlah dia terus halang blog saya sampai bila-bila Dia masih memberi peluang untuk kembali, cuma kita perlu ikut arahan yang diberi.

Alhamdulillah, setelah mencuba dan dibantu oleh adik saya www.saljuhumairah.com blog ini kembali beraksi.

Bila di cek, google beri tahu bahawa ada coding dalam blog ini yang dianggap sebagai spam. Salah satunya adalah dibahagian sitemap. Ini kerana saya menggunakan source code daripada blogger lain. Saya memang tidak ambil tahupun sebenarnya pasal source code ini. Asalkan boleh guna sudahlah sebelum ini. Lepas ini, saya kena cari source code lain yang sesuai untuk sitemap blog ini. Anda boleh bantu saya berikan code yang sesuai untuk sitemap?

Sekarang baru saya faham mengapalah ramai blogger di luar sana yang sanggup membeli hosting dan domain sendiri. Blog percuma memang tidak ada security, semuanya bergantung kepada google.

Untuk blogspot kita tidak perlu fikirkan tentang hosting, cukup membeli domain sahaja. Tetapi, kalau kita menggunakan wordpress, memang kita kena beli hosting.



Walaubagaimanapun, selagi kita memenuhi terma dan syarat yang dikeluarkan oleh goole, rasanya tidak ada masalah. Buat masa ini saya belum fikir lagi untuk beli domain sendiri. Tengoklah nanti-nanti.
Tag : Dunia Blog
0 Komentar untuk "Saya Dihalang Update Blog"

Back To Top