Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera
Dalam pada itu, saya mendapat maklumat bahawa CCE 2014 atau Conference Competition Exhibition peringkat kebangsaan akan berlangsung pada 24-25 Jun 2014 di Politeknik Seberang Perai. Dalam Program CCE 2014 ini ada juga program COMMFEST2014.
Dalam hati saya berkata, ini peluang yang jarang berlaku. Saya bercadang untuk mengajak pelajar saya menyertainya. Walaupun pelajar saya sudah tamat dan pulang ke kampung, Alhamdulillah, mereka bersedia untuk datang dan menyertai CCE 2014 ini. Saya juga bekerjasama dengan pensyarah lain untuk menyiapkan beberapa keperluan pertandingan. Alhamdulillah, hasil kerjasama semua pihak, projek ini mendapat GOLD atau pingat EMAS dan sijil.
Kalau anda baca tajuk entri ini, rasanya ramai sudah yang faham maksud peribahasa Usaha Tangga Kejayaan. Teringat zaman sekolah dahulu, cikgu pernah bagi soalan latihan mengarang dan suruh lukis poster tajuknya Usaha Tangga Kejayaan.
Secara mudahnya, usaha tangga kejayaan bermaksud orang yang berusaha bersungguh-sungguh boleh mencapai apa yang dihajatkan.
Ini kisah saya dan pelajar projek Diploma Teknologi Komputer di Politeknik Seberang Perai.
Usaha Tangga Kejayaan | Rahsia Pemenang Inovasi CCE2014
Saya masih ingat pada awal semester 5 dua orang pelajar ini datang berjumpa saya untuk berbincang tajuk projek mereka setelah mendengar taklimat daripada penyelaras projek iaitu En Majdi. Tema projek yang perlu mereka laksanakan adalah 'Trainer'.
Pada perjumpaan pertama kali tersebut saya tanya mereka, apa yang mereka faham tentang trainer? Saya cuba mengajak mereka membuka minda dan berfikir sebagai persediaan untuk membuat projek. Selepas memberi beberapa idea, saya minta supaya mereka melakukan kajian dan datang kepada saya serta bawa sekali tajuk projek yang hendak mereka lakukan.
Minggu berikutnya mereka tidak datang pada hari Isnin. Saya biarkan dahulu, mungkin mereka masih mencari lagi. Setelah beberapa hari mereka datang berjumpa saya. Saya ingatkan kelewatan mereka datang berjumpa saya kerana mereka sudah temui dan tahu apa projek yang hendak mereka lakukan, tetapi sebaliknya yang terjadi. Mereka memberi alasan bahawa mereka tidak dapat apa yang hendak dicari.
Sangkaan saya meleset dan apabila saya nampak kelopak mata sudah bergenang terus saya katakan kepada mereka kalau datang jumpa saya untuk menangis, projek kamu tidak akan menjadi. Buat projek bukan dengan air mata, tetapi dengan usaha, rajin, doa dan kesungguhan. Maafkan saya kalau agak keras atau tegas pada ketika itu. Tetapi bukan niat saya untuk melemahkan atau memandang rendah kepada pelajar saya.
Niat saya hanya satu iaitu membantu mereka melaksanakan projek 1 dan projek 2 diploma. Kemudian saya berikan idea dan tunjukkan apa-apa yang perlu mereka lakukan dan saya katakan saya mahu mereka datang jumpa saya setiap minggu.
Alhamdulillah, selepas itu perubahan pada diri mereka berubah. Boleh katakan mereka buat apa yang saya sarankan. Bahkan, mereka melakukan inisiatif sendiri untuk berjumpa saya lebih daripada apa yang sepatutnya. Di sini saya nampak kesungguhan dan usaha mereka. Dalam hati saya cukup berpuas hati dengan mereka dan mulut saya banyak kali berdoa agar mereka berjaya.
Masa terus berlalu. Alhamdulillah, segala perancangan yang dibuat berjalan lancar. Habis pembentangan proposal projek (projek 1), mereka datang jumpa saya dan mengucapkan terima kasih. Saya rasa, mereka sendiri berpuas hati dengan hasil usaha yang dilakukan. Malahan, mereka kelihatan tidak sabar untuk meneruskan projek 2 iaitu menyiapkan litar dan prototaip yang lengkap.
Dari segi kesungguhan dan kerajinan mereka saya rasakan memang pelajar-pelajar ini ada potensi untuk berjaya. Alhamdulillah, berkat doa dan usaha mereka, projek kedua memang berjalan lancar. Projek bertajuk ' Basic Transistor Checker and Functionality' berfungsi dengan baik dan berjaya disiapkan. Bahkan pembentangan projek semester akhir juga dibentangkan dengan selesa.
Dalam hati saya berkata, ini peluang yang jarang berlaku. Saya bercadang untuk mengajak pelajar saya menyertainya. Walaupun pelajar saya sudah tamat dan pulang ke kampung, Alhamdulillah, mereka bersedia untuk datang dan menyertai CCE 2014 ini. Saya juga bekerjasama dengan pensyarah lain untuk menyiapkan beberapa keperluan pertandingan. Alhamdulillah, hasil kerjasama semua pihak, projek ini mendapat GOLD atau pingat EMAS dan sijil.
Selepas itu, pelajar saya yang menyertai CCE ini berkata kepada saya " kami tidak sangka pertandingan ini begitu hebat". Saya bersyukur kerana dapat memberi suatu nilai tambah kepada pelajar saya untuk masa depan mereka.
Di bawah ini saya sertakan 3 gambar yang berkaitan dengan CCE2014 peringkat kebangsaan yang dijalankan di Politeknik Seberang Perai tahun ini.
Dapat anugerah Gold untuk projek inovasi |
Pelajar saya yang rajin |
Bergambar bersama pelajar-pelajar lain. |
Kesimpulan
Ini lah yang dikatakan usaha tangga kejayaan. Dengan izin Allah SWT, semua usaha dan doa yang dilakukan mendapat hasilnya.
Nasihat saya kepada pelajar-pelajar terutamanya pelajar projek politeknik seberang perai, jangan putus asa tetapi berusaha bersungguh-sungguh, InsyaAllah boleh berjaya.
Tag :
Pencapaian
4 Komentar untuk "Usaha Tangga Kejayaan | Rahsia Pemenang Inovasi CCE2014"
tahniah bro.
proud of u.
old freind,
rafiq
Terima Kasih bro Rafiq
tahniah...Selamat menyambut hari raya aidil adha maaf zagir dan batin dari saya sekeluarga.
terima kasih