Hari Ini Sudah Berselawat

Jenis-Jenis Solat Yang Tidak Diterima

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Ibadah Solat merupakan rukun Islam yang kedua. Ini bermaksud ibadah solat wajib ditunaikan oleh setiap orang yang mengucap dua kalimah syahadah tanpa alasan.

Ia memang tidak boleh tinggal. Seandainya kita cuba meninggalkan solat 5 waktu dengan sengaja, kita bakal menerima 12 azab meninggalkan solat.

Walaubagaimana sekalipun, ibadah solat yang kita lakukan perlulah dibuat dengan sempurna, bukan sekadar melepas batuk di tangga.

Hal ini kerana Rasulullah SAW pernah mengingatkan kita bahawa ada juga Jenis-Jenis Solat Yang Tidak Diterima oleh Allah SWT.

Jenis-Jenis Solat Yang Tidak Diterima

Jenis-Jenis Solat Yang Tidak Diterima


Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : 

"Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)

Rasulullah S.A.W bersabda lagi yang bermaksud : 

"10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba'.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."

Dalam hadith yang lain Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud : 

"Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah." 

Hassan r.a berkata : 

"Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."
Untuk mengelakkan kita dari tergolongan terlibat dalam kalangan orang yang mempunyai Jenis-Jenis Solat Yang Tidak Diterima.

Kita perlu malalui proses menuntut ilmu dan berlatih dengan bersungguh-sungguh melakukan solat untuk mencapai tahap kesempurnaan iaitu diterima Allah.

Cuba bayangkan kalau kita mengadap Allah SWT nanti tanpa sebarang pahala, sedangkan semasa di atas dunia kita tidak pernah meninggalkan solat?

Ya Allah, kami sangat lemah, bantulah kami dalam melaksanakan titah perintahMu. Jangan biarkan kami tersesat.

 ps>> Mari kita dafdar JomNiaga - RM5 PPL Setiap Pendaftaran Baru secara percuma. Boleh tambah pendapatan.
Tag : Ibadah
4 Komentar untuk "Jenis-Jenis Solat Yang Tidak Diterima"

Admin... minta izin share kat fb boleh ? ;)

Look into my web-site; Affiliate Malaysia

terima kasih..sila share entri ini. perkara baik jangan disimpan...

Back To Top