Jom Kita Berselawat

12 Azab Meninggalkan Solat

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Solat adalah tiang agama, jika seseorang yang mendirikan solat bermaksud dia mendirikan agama dan barangsiapa yang meninggalkan solat bermakna dia telah meruntuhkan agama.

12 Azab Meninggalkan Solat


Di sini saya lampirkan sebahagian 12 Azab Meninggalkan Solat. Sanggupkah kita menanggung azab yang Allah kenakan ke atas diri kita jika sanggup meninggalkan solat.

12 Azab Meninggalkan Solat


Tiga Azab Meninggalkan Solat semasa di dunia ini antaranya :-


  1. Allah S.W.T akan menghilangkan berkat dari usahanya dan begitu juga terhadap rezekinya. 
  2. Allah S.W.T mencabut nur orang-orang mukmin daripadanya. 
  3. Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.


Tiga Azab Meninggalkan Solat ketika dia hendak mati, antaranya :


  1. Ruh dicabut ketika dia di dalam keadaan yang sangat haus walaupun ia telah meminum seluruh air laut. 
  2. Dia akan merasa yang amat pedih ketika ruh dicabut keluar. 
  3. Dia akan dirisaukan akan hilang imannya.

Tiga Azab Meninggalkan Solat ketika berada di dalam kubur, antaranya :-


  1. Dia akan merasa susah terhadap pertanyaan malaikat mungkar dan nakir yang sangat menggerunkan. 
  2. Kuburnya akan menjadi cukup gelap. 
  3. Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari).

Tiga Azab Meninggalkan Solat di hari kiamat, antaranya :


  1. Hisab ke atsanya menjadi sangat berat. 
  2. Allah S.W.T sangat murka kepadanya. 
  3. Allah S.W.T akan menyiksanya dengan api neraka.

 Semoga menjadi pengajaran terbaik kepada kita. 


Tag : Ibadah
4 Komentar untuk "12 Azab Meninggalkan Solat"

azabnya meninggalkan solat dirasai di dunia dan di akhirat.. peringatan untuk diri aiza..

bagusnya entri ni. dapat mengingatkan apa yang mungkin telah kita lupa

terima kasih..kita memang insan yang lemah.

Back To Top