Sebenarnya teknik peta minda mempunyai banyak kegunaan. Antaranya ialah:
- Penulisan Nota (Note Taking)-Teknik yang memudahkan kita mencatat informasi dengan mudah semasa mengikuti kuliah atau ceramah. Kaedah ini lebih kemas dan berstruktur. Boleh rujuk mindmap.
- Perolehan Maklumat (Recall)-Membantu menyerap dan mengingati maklumat yang telah dicatat dengan mudah. Kajian mendapati perkataan-perkataan yang ringkas, simbol-simbol dan gambar adalah lebih mudah diingati daripada teks yang padat.
- Penyelesaian Masalah-Penyelesaian masalah dapat dilakukan dengan mengenalpasti isu-isu utama dan bagaimana mereka berkait rapat antara satu sama lain secara visual.
- Kreativiti- Peta minda dapat menjana idea baru dengan lebih cepat dan produktif. Idea-idea baru dapat dijana secara spontan.
A Mind Map is a powerful graphic technique which provides a universal key to unlock the potential of the brain.
Tag :
Berfikir
0 Komentar untuk "Perlunya Peta Minda"