Hari Ini Sudah Berselawat

Gabungan Komunikasi Dan Pemikiran Kreatif

Assalamualaikum dan salam sejahtera...


Gambar dari: Wikipedia

Perkara yang ingin saya kongsi pada hari ini ialah bekenaan komunikasi dan pemikiran kreatif. Secara ringkasnya komunikasi merupakan proses pengurusan mesej yang melibatkan tujuan pengwujudan makna. Pengurusan ialah pengendalian atau penyeliaan manusia, proses atau bahan. Pengurusan mesej ialah manusia akan menguruskan proses mewujudkan, menerima dan membalas mesej lisan serta bukan lisan. Makna merujuk kepada interpretasi dan persepsi yang dibuat oleh manusia terhadap mesej iaitu bagaimana mesej dikenal pasti dan difahami.

Proses komunikasi dilalui oleh setiap individu sebaik manusia dilahirkan dan setiap individu mempuyai bakat dan potensi tersendiri yang tidak disedari. Setiap individu mempunyai cara berkomunikasi tersendiri dan cara berkomunikasi individu berbeza kerana pendedahan yang diterima dalam kehidupan adalah berlainan.

Komunikasi yang lancar dan berkesan perlu dikembangkan dan dilatih supaya tercapai matlamatnya dengan mudah. Antara langkah yang diambil ialah dengan menggabungkan komunikasi dan gaya pemikiran kreatif. Apabila gaya pemikiran kreatif digabungkan ke dalam proses komunikasi dapat membantu individu menjadi lebih cemerlang dalam kehidupannya.

Proses komunikasi akan menghadapi ganguan yang boleh mengubah, menyongsng dan memberi makna yang berbeza-beza kepada mesej. Oleh itu, pemikiran kreatif akan membantu untuk mengurangkan elemen gangguan kerana orang yang berfikiran kreatif akan menggunakan pelbagai cara bagi memastikan matlamat tercapai.

Cerek yang kecil adalah lebih mudah panas. Orang yang berhati kecil mudah berasa marah.
Tag : Berfikir
0 Komentar untuk "Gabungan Komunikasi Dan Pemikiran Kreatif"

Back To Top