Hari Ini Sudah Berselawat

Kreativiti Masyarakat Melayu Mendisiplinkan Kanak-Kanak

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Gambar dari: SAMAASZA

Masyarakat Melayu kita mempunyai nilai kreativiti yang tinggi dalam mendidik anak-anak mereka.Berdasarkan kajian, kaedah yang digunakan dalam mandidik anak-anak Melayu secara lisan dalam masyarakat Melayu tradisional dan kontemporari termasuk 13 jenis item iaitu:
  1. mengertak
  2. menasihat
  3. memarahi
  4. menjanjikan sesuatu ganjaran yang menarik
  5. melarang
  6. merayu
  7. mengajar
  8. menggunakan peribahasa
  9. memuji
  10. memaksa
  11. menggunakan cerita-cerita tauladan seperti Si Tenggang
  12. mengusik
  13. menggunakan pantun
untuk mengajar dan menasihati anak-anak. Kepelbagaian cara yang digunakan oleh masyarakat Melayu membuktikan bahawa mereka sangat kreatif dalam menangani masalah ketidak matangan pemikiran anak-anak dan pembinaan keperibadian mereka.

Kategori kaedah-kaedah ini boleh dikelaskan kepada dua kelompok:
  1. Kaedah negatif- memarahi, memerintah dan mengugut anak agar mengikut kehendak ibu bapa
  2. Kaedah positif-memberi nasihat, berjenaka, menunjuk ajar, menggunakan pantun dan cerita tauladan yang lebih menjurus kepada memujuk, menarik perhatian anak atau memberi penerangan mengapa mereka harus melakukan sesuatu
Pendisiplinan anak-anak selalunya berlaku secara sepontan. Misalnya, seorang bapa melihat anaknya bermain dengan pisau, bapanya terus mengatakan sesuatu kepada anak itu supaya berhenti daripada bermain sebelum terluka atau tercedera. Masa yang singkat sangat diperlukan dalam memilih disiplin yang sesuai. Maka, nilai kreativiti amat penting dalam menangani masalah dengan cepat dan tepat. Ini merupakan contoh yang menunjukkan cara mendisiplinkan anak secara lisan dalam masyarakat Melayu mempunyai kreativiti tersendiri.

Sumber:

MUnir Shuib dan Azman Azwan Azmawati (2001). Pemikiran Kreatif. Selangor: Prentice Hall.

Ilmu itu sebaik-baik pusaka. Adab itu sebaik-baik sifat. Taqwa itu sebaik-baik bekalan. Ibadah itu sebaik-baik barang perniagaan.

SAYIDINA ALI ABU TALIB K.W.
Tag : Berfikir
0 Komentar untuk "Kreativiti Masyarakat Melayu Mendisiplinkan Kanak-Kanak"

Back To Top