Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Pernah mendengar tentang Tony Buzan? Dia merupakan pelopor teknik pemetaan minda yang bagus digunakan untuk membantu pelajar dalam membuat nota belajar.
Penggunaan peta minda bukan sekadar teknik untuk belajar sahaja malah penggunaannya telah meluas ke dalam pelbagai aspek kehidupan seperti profesional, akademik dan peribadi.
Pemetaan minda berpandukan cara otak kita beroperasi. Kalau kita pandang alam sekitar seperti bunga, pokok, haiwan dan lain-lain lagi mempunyai persamaan yang agak ketara iaitu mempuyai perkaitan.
Misalnya, pokok mempuyai bahagian seperti batang, dahan, ranting dan daun. Dahan pokok pula mengeluarkan ranting-ranting yang kecil dan kemudiannya mengeluarkan tunas dedaun. Bahagian-bahagian ini mempunyai perkaitan walaupun berbeza fungsi.
Teknik pemetaan mempunyai kaitan yang sama dengan contoh di atas. Teknik ini bermula dengan mengenal pasti idea-idea utama dan kemudian dikembangkan untuk menghasilkan idea lain yang mempunyai hubungan.
Peta minda merupakan teknik pemikiran secara visual dan dapat membantu untuk kita kembangkan idea dan menghubungkaitkan satu idea dengan satu yang lain secara visual.

Pergaulan mempengaruhi didikan otak.Oleh itu, untuk kebersihan jiwa hendaklah bergaul dengan oarang-orang beradab dan berbudi mulia yang dapat kita kutip manfaatnya. (Hamka).
Tag :
Berfikir
0 Komentar untuk "Pemetaan Minda"