Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Pembaca sekalian, idea-idea lateral perlu dinilai untuk memastikan idea tersebut praktikal dan boleh diteima pakai serta idea yang dijana mesti dinilai secara menyeluruh. Penilaian dibuat setelah idea-idea dikumpul dan kelaskan seperti kelas idea-idea yang praktikal dan manfaat, idea-idea yang berpotensi tetapi perlu diperkembangkan dan kumpulan idea-idea yang sekadar berbentuk konsep dan tidak mempunyai nilai praktikal.
Idea yang dikumpul perlu diperbaiki supaya menjadi sesuatu yang berguna dan pratikal. Satu cara untuk memperbaiki sesuatu idea ialah dengan melihat kelemahn atau keburukan idea tersebut dan seterusnya mencari jalan penyelesaian yang telah di kenal pasti.
Gambar dari:Angle art
Contoh:- Idea lateral:Untuk meningkatkan kemahiran Bahasa Inggeris pelajar universiti, semua subjek diajar dalam Bahasa Inggeris
- Kelemahan: Tidak semua pengajar pandai Bahasa Inggeris
- Penyelesaian: Semua subjek diajar dalam Bahasa Inggeris oleh pengajar yang mahir dalam Bahasa Inggeris
- Keperluan-Adakah idea ini diperlukan?
- Faedah-Apakah faedahnya?
- Boleh diterima-Adakah idea ini boleh diterima?
- Perbelanjaan-Berapakan perbelanjaan yang diperlukan?
- Kesesuaian-Adakah sesuai idea ini dijalankan?
- Risiko-Apakah risiko yang terlibat?
Orang yang bercita-cita dab berazam besar,selalu bertemu halangan dan rintangan yang besar.Kebesaran halangan dan rintangan itu adalah ukuran kecil besar suatau cita-cita.
Tag :
Berfikir
0 Komentar untuk "Idea-Idea Lateral Perlu Dinilai"