Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Ahli-ahli pendidikan pasti pernah dengan tentang " pemikiran lateral" bukan? Kalau belum pernah boleh rujuk maksudnya di sini
Saya ingin perincikan sikit berkenaan menjana pemikiran lateral melalui 4 kaedah iaitu:
Ahli-ahli pendidikan pasti pernah dengan tentang " pemikiran lateral" bukan? Kalau belum pernah boleh rujuk maksudnya di sini
Gambar dari: Em Holliday
Saya ingin perincikan sikit berkenaan menjana pemikiran lateral melalui 4 kaedah iaitu:
- alternatif- kaedah alternatif mengkehendaki kita memikirkan cara-cara lain, idea-idea lain, tindakan- tindakan lain yang boleh diambil untuk menjalankan sesuatu perkara yang sama.
- mencabar- membolehkan kita mempersoalkan perkara-perkara atau idea-idea yang sedia untuk mengenalpasti adakah wujudnya pilihan lain yang lebih baik.
- penyertaan secara rawak- teknik yang paling mudah dan produktif untuk hasilkan idea lateral. Biasanya digunakan untuk menghasilkan idea yang baru dalam masa yang singkat.
- provokasi- teknik yang pada awalnya tidak masuk akal atau dianggap bodoh seperti menjana idea sepontan atau tidak sengaja, membuang, menggugurkan perkara yang tidak dihiraukan, menterbalikkan apa-apa yang lazimnya dilakukan dan menggunakan idea berunsur fantasi atau angan-angan kosong.
Rasulullah bersabda: Yang menjadikan orang mukmin itu pemurah adalah agamanya,yang menjadikan orang mukmin itu mempunyai kehormatan adalah akalnya dan yang menjadikan orang mukmin itu mulia adalah budi pekertinya.
Tag :
Berfikir
0 Komentar untuk "Menjana Pemikiran Lateral"