Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Pensyarah-pensyarah contohnya mempunyai tugas yang mencabar untuk melahirkan geraduan yang menjadi perhatian mana-mana syarikat atau agensi pekerjaan. Pensyarah seharusnya mempunyai berbagai-bagai kemahiran selain daripada mengajar seperti kemahiran menjalankan kajian, membuat penerbitan, mentadbir, mengelola, menyelia, mengadakan perundingan dan sebagainya. Masalah yang timbul perlu diselesaikan, keputusan perlu dibuat dan tindakan perlu dijalankan.
Saranan kepada kemahiran berfikir kreatif dan kritis mampu memberi sumbangan dalam menyahut cabaran serta masalah yang muncul dan dengan cara tidak langsung melicinkan perjalanan kerja. Keyakinan menjana keputusan dan dalam keadaan yang rumit boleh bentuk dengan kemahiran dan seterusnya menjadikan kita berani serta bersedia mengambil risiko, menerima dan mencuba idea-idea baru.
Para geraduan tidak boleh lagi menganggap bahawa kemahiran berfikir merupakan satu kelebihan, sebaliknya keperluan yang mesti ada terutamanya dalam mencari pekerjaan. Kelulusan akademik dan pengetahuan teknikal sahaja tidak mencukupi kerana kemahiran dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah, menilai sesuatu tindakan, menjana idea-idea baru dan lain-lain lagi sangat menjadi kepentingan.
• Membaca dan menganalisis laporan
• Mempersembahkan idea-idea kepada pekerja-pekerja lain
• Menyelesaikan masalah dengan sendiri atau dalam kumpulan
Oleh itu, para geraduan seharusnya melatih diri dan meningkatkan kemahiran berfikir seperti kemahiran kreatif, analitikal, logikal dan kritikal.
Gambar dari: Armored Squirrel
Kepentingan Kemahiran Berfikir Dalam Pekerjaan
Perkembangan teknologi yang canggih serta cabaran dunia yang semakin hebat memerlukan modal insan yang berintegriti. Dalam alam pekerjaan, kualiti dan kuantiti kerja sangat dikehendaki oleh mana-mana majikan. Kemampuan dan kebolehan dalam melakukan pelbagai kerja sangat diperlukan serta tugasan yang dikehendaki perlu diselesaikan dalam masa yang singkat.Pensyarah-pensyarah contohnya mempunyai tugas yang mencabar untuk melahirkan geraduan yang menjadi perhatian mana-mana syarikat atau agensi pekerjaan. Pensyarah seharusnya mempunyai berbagai-bagai kemahiran selain daripada mengajar seperti kemahiran menjalankan kajian, membuat penerbitan, mentadbir, mengelola, menyelia, mengadakan perundingan dan sebagainya. Masalah yang timbul perlu diselesaikan, keputusan perlu dibuat dan tindakan perlu dijalankan.
Saranan kepada kemahiran berfikir kreatif dan kritis mampu memberi sumbangan dalam menyahut cabaran serta masalah yang muncul dan dengan cara tidak langsung melicinkan perjalanan kerja. Keyakinan menjana keputusan dan dalam keadaan yang rumit boleh bentuk dengan kemahiran dan seterusnya menjadikan kita berani serta bersedia mengambil risiko, menerima dan mencuba idea-idea baru.
Para geraduan tidak boleh lagi menganggap bahawa kemahiran berfikir merupakan satu kelebihan, sebaliknya keperluan yang mesti ada terutamanya dalam mencari pekerjaan. Kelulusan akademik dan pengetahuan teknikal sahaja tidak mencukupi kerana kemahiran dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah, menilai sesuatu tindakan, menjana idea-idea baru dan lain-lain lagi sangat menjadi kepentingan.
Keperluan Majikan
Satu kajian kemahiran pemikiran mendapati bahawa antara diperlukan oleh majikan ialah:• Membaca dan menganalisis laporan
• Mempersembahkan idea-idea kepada pekerja-pekerja lain
• Menyelesaikan masalah dengan sendiri atau dalam kumpulan
Oleh itu, para geraduan seharusnya melatih diri dan meningkatkan kemahiran berfikir seperti kemahiran kreatif, analitikal, logikal dan kritikal.
"Jadidiri seseorang itu kadangkala tidak terletak pada pujian semata-mata, kadang-kala kejian juga."
Tag :
Berfikir
0 Komentar untuk "Kepentingan Kemahiran Berfikir Dalam Pekerjaan"