Hari Ini Sudah Berselawat

Segera Mempraktikkan Apa Yang Dipelajari

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda tip yang seterusnya untuk mudah ingat iaitu Segera Mempraktikkan Apa Yang Dipelajari.

Tip-tip yang lain anda boleh rujuk dalam artikel 7 tip mudah ingat.

Saya tidak mahu membuang masa anda. Jadi saya teruskan sahaja apa yang ingin saya kongsikan pada hari ini.

Segera Mempraktikkan Apa Yang Dipelajari
Segera Mempraktikkan Apa Yang Dipelajari

Segera Mempraktikkan Apa Yang Dipelajari


Mengapa pentingnya anda segera mempraktikkan apa yang dipelajari?

Terdapat kajian mengatakan, jika pelajar bertangguh hingga melepasi tempoh 48 jam, mereka akan lupa lebih daripada 90% apa yang mereka pelajari itu.

Memang tidak dinafikan kebanyakan pelajar suka menunggu masa yang sesuai untuk mempraktikkan perkara yang baru dipelajari.

Contohnya, satu topik yang baru dipelajari pada hari Isnin dan kerja rumah diberikan, pelajar akan berlengah-lengah dalam melaksanakan kerja tersebut.

Ini akan menyebabkan anda mudah lupa apa yang anda pelajari seperti yang dinyatakan di atas. Apabila anda lupa, anda tidak akan faham nota yang telah anda tulis sendiri.


Percayalah! lagi cepat anda praktikkan apa yang anda pelajari, insyaAllah anda akan cepat dapat menguasainya.

Memang tidak dapat dinafikan untuk menguasai sesuatu topik atau subjek, ’susah’ hanyalah pada peringkat permulaan.

Apabila anda sudah melepasi tahap susah itu, insyaAllah anda akan jadi lebih mudah dan selesa.

Sebagai contoh, anda belajar menunggang basikal. Pada mulanya anda perlu ingat bagaimana cara hendak mengayuh dengan betul.

Tetapi setelah anda menguasainya, anda boleh lakukannya tanpa berfikir. Malah, walaupun anda tidak menunggang basikal bertahun-tahun lamanya, kemahiran menunggang basikal pasti masih ada pada anda.

Oleh itu, setelah anda pelajari topik baru, anda perlu segera mencuba dan buat latihan berkenaan.

Jom tambah duit dengan Job Di Rumah dan jangan lupa bahawa Rezeki Milik Allah.
Tag : Tip Belajar
0 Komentar untuk "Segera Mempraktikkan Apa Yang Dipelajari"

Back To Top