Jom Kita Berselawat

Ulang dan Latih Semula

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Ya, kita sambung kembali penerangan tentang 7 tip mudah ingat terutama untuk pelajar.

Tip yang ke tiga adalah, pelajaran yang baru dipelajari secara sendiri ataupun berguru perlu diulang dan dilatih semula.
Ulang dan Latih Semula
Ulang dan Latih Semula

Ulang dan Latih Semula


Ilmu yang dipelajari di dalam kelas ataupun yang dibaca memang penting untuk diulang sebanyak yang mampu.

Tidak ada had ulangan yang mesti dilakukan, Selagi ada masa, anda boleh mengulangi apa yang telah dibaca biar pun anda sudah faham atau sudah mengingatinya.

Semakin banyak anda membaca, semakin tinggi keyakinan diri anda untuk menjawab soalan dan dengan sebab itu anda boleh lulus dengan cemerlang.

Beri tumpuan ketika ulangkaji atau latihan


Saya ambil contoh, jika anda lemah dalam bahasa Inggeris atau matematik, sediakan masa yang lebih untuk membuat ulangan dan latihan.

Jangan sekali-kali memilih mata pelajaran yang disukai dan abaikan mata pelajaran yang anda kurang suka.

Ini kerana, anda mungkin akan ketinggalan mata pelajaran yang anda tidak sukai.

Oleh itu, ketika membuat ulangan dan latihan, buat tanda pada bahagian yang anda rasa perlu tumpuan yang lebih.

Gunakan simbol dan lorekkan bahagian yang anda anggap penting.

Jangan jadikan tidak faham, tidak ingat atau tidak pandai sebagai alasan untuk berhenti ulangkaji.

Persediaan sebelum mengulang dan membuat latihan pelajaran


Tarik nafas sambil pejam mata sekejap dan bayangkan apa yang anda hendak capai. Tanya pada diri sendiri, apakah corak hidup yang anda hajatkan?

Apakah yang hendak anda berikan kepada ahli keluarga serta ibu bapa anda sebagai tanda kasih sayang dan terima kasih?

Adakah anda berhajat hendak mengharumkan nama keluarga dan negara anda ?

Apakah kejayaan peringkat remaja yang membanggakan diri anda dan keluarga anda?

Bila anda membaca buku, kaitkan dengan hidup anda. Anda bukan sekadar mahu lulus cemerlang dalam peperiksaan , anda mahukan hidup yang baik dan berkualiti.

Mudah-mudahan usaha untuk meningkatkan pemahaman dan kemahiran dalam pelajaran.

Sebagai penutup, jangan berhenti belajar tanpa mengulangkali dan membuat latihan.

Cuba anda lihat ahli sukan bertaraf dunia sekalipun. Mereka tidak pernah berhenti berhenti berlatih, walaupun mereka sudah mempunyai kemahiran yang tinggi.


Jangan lupa buat  Job Di Rumah untuk tambah pendapatan sampingan. Tetapi jangan lupa semua rezeki adalah milik Allah SWT.
Tag : Tip Belajar
0 Komentar untuk "Ulang dan Latih Semula"

Back To Top